Satu Maut, 28 Lagi Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala

BANGKOK, 18 APRIL: Seorang anggota renjer maut manakala 28 yang lain termasuk orang awam cedera dalam letupan bom di Yala hari ini.

Jurucakap polis Yala berkata mereka yang cedera terdiri daripada empat renjer dan 24 orang awam.

Beliau berkata bom buatan sendiri itu disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di bandar itu dan diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta yang membawa lima anggota renjer melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.

Police menyalahkan pihak militan atas kejadian itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh apabila kumpulan disyaki pemisah menjalankan semula gerakan bersenjata menuntut keadilan untuk tiga wilayah selatan Yala, Narathiwat dan Pattani sejak tujuh tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan