Sibuk dengan video, tahanan Imigresen cabut diri

Rakyat Prihatin
Kah...kah...kah...itulah gelak rakan saya dengan ‘bala’ yang sedang melanda negara beberapa hari ini. Dalam sibuk-sibuk pasukan yang kuat menjaga negara dengan isu video, tiba-tiba seramai 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Menurut laporan media kerajaan, sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

Mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam kelmarin (4 April).

Sama ada nampak ataiutidak, boleh juga dikatakan musibah ini yang berlaku di Negeri Sembilan ini bala yang diturunkan oleh Allah bagi membuka fikiran kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akal.

Seperti yang rakyat sedia maklum, buat masa ini pihak polis yang menjalankan perintah pemimpin negara sedang sibuk memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat secara umum termasuk di Negeri Sembilan.

Bala yang tidak nampak dilihat oleh mereka yang buta mata hatinya ini juga satu tamparan kepada pemimpin negeri sembilan setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut dan berlaku pula kes serangan asid di Seremban.

Menariknya, tragedi 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng berlaku selepas beberapa hari Adun kawasan itu didapati bersalah oleh mahkamah menerima rasuah.

Laporan media juga memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan bahawa perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita.

Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan