Apakah Pendedahan Mengenai Anwar Seterusnya?

Mohd Sayuti Omar
SELEPAS membuat pendedahan sungguh tidak bermoral dan mencemarkan maruah negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dengan penayangan video lucah yang menjelekkan, Eskay menjanjikan akan membuat satu lagi kejutan minggu depan, akan mendedahkan satu lagi menggemparkan tentang Anwar Ibrahim.

Katanya apa yang akan didedahkan itu memberi implikasi lebih teruk lagi daripada pendedahan video yang dikatakan melibat Anwar Ibrahim. Apakah pendedahan itu? Ia menjadi tanda tanya. Kini makin jelas niat Eskay terlalu busuk dan hina ke atas Anwar Ibrahim.

Apakah pendedahan seterusnya itu membuktikan pendedahan busuk mengenai video itu bersama Rahim Tamby Chik dan Suhaib Lazim tidak memberi kesan besar. Walaupun video berkenaan sudah tersebar di seluruh dunia, dari ruang jamban hingga ke ruang masjid tetapi ia tidak memberi kesan besar untuk menghancurkan kerjaya Anwar.

Kerana video berkenaan tidak memberi kesan besar maka sesuatu harus direka bagi terus memburukkan Anwar dan mengharu birukan Pakatan Rakyat?

Satu maklumat yang diterima malam ini apa yang bakal didedahkan Eskay itu ialah berhubung dengan apa yang dinamakan sebagai tindak tanduk Anwar yang dilakukan di luar negara terhadap negara ini. Katanya satu ucapan Anwar di sebuah negara jiran akan didedahkan kononnya ia memberi ancaman keselamatan negara.

Dalam ucapan di majlis itu, Anwar dikatakan telah berucap sehingga boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram di negara ini. Di mana dan apakah butiran ucapan Anwar itu sama-sama kita tunggu yang akan didedahkan oleh Eskay.

Menurut maklumat berkenaan Eskay katanya turut berada sama pada majlis berkenaan dan kemungkinan ia ada merakam ucapan atau tindak tanduk Anwar itu. Kalaulah ia hanya semata-mata berdasarkan ucapan Anwar rahsia yang dikatakan menggemparkan itu tidaklah sangat mengejutkan kerana mustahil polis tidak mengetahuinya.

Kata sumber itu mereka yang membenci Anwar sangat berharap apabila ia didedahkan menyebabkan Anwar akan disiasat kemudian ditangkap! Tambahnya juga beberapa orang tokoh Umno sudah pun mengetahui akan butiran yang bakal didedahkan oleh Eskay seperti mana dijanjikan itu. [wm.kl. 11:45 pm 05/05/11]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan