Begitulah Nasib Si UMI HAFILDA

WFAUZDIN NS
MAK CIK Umi Hafilda yang semakin sinonim dengan raja sesumpah Ezam, boleh dikatakan memecah rekod `Guiness Book Of Record" atau setidak-tidaknya memecah rekod di Malaysia manusia yang paling banyak melakukan `sumpah'. Sumpahan beliau itu mungkin mengatasi mana-mana Menteri atau Ahli Parlimen di Malaysia yang bersumpah mengangkat setia di dalam Dewan.

Satu lagi kelebihan mak cik Umi yang dikatakan masih dara ini, beliau seorang betina yang paling kerap mencabar orang lain menyamannya. Kununnya itu tanda beliau bercakap benar selain dari sumpah yang mungkin dipelajari dari Ezam raja sesumpah. Peliknya, bila dia menyaman orang lain dia sambil lewa pula sampai Peguam dia pun tak hadir ke mahkamah.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan peguam yang mewakili ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, supaya hadir ke mahkamah pada 13 Jun ini (Malaysiakini).

Sebelum ini Peguam beliau pun tidak hadir di dalam kes yang sama. Mungkin terlalu sibuk mak cik Umi ini berceramah dan mencarut di pelusuk tanahair untuk sesuap nasi. Maklumlah, siapa lagi yang mahu menanggungnya. Suami tiada, keluarga pula katanya sudah tidak mengaku lagi. Harapkan adik si Azwan Ali pula, lagi teruk kena hentam sampai disebut `wanita neraka ke tujuh' dalam Twitter. Jadi, terpaksalah bawa diri.

Gamaknya, mana Peguam mahu datang kalau banyak lagi pitih kendalikan kes belum berbayar. Itu ramalan saja, saya pun tidak berani mahu bersumpah laknat dalam masjid walaupun dibekalkan baju besi untuk menuduh sedemikian. Ramalan itu hanyalah kepada kebiasaannya jika kita tidak bayar, Peguam susah sikit mahu komited dengan tugasnya.

Apa pun, kita harapkan tidak berlaku sedemikian. Saya percaya mak cik Umi yang mendakwa kununnya beliau ada lagi 18 tape video seks itu akan meneruskan kes saman beliau di mahkamah. Bukan sedikit yang dituntut, RM 100 juta itu terlalu banyak dan cukup buat mak cik Umi pergi menunaikan Haji di Mekah nanti. Jika harapkan duit minyak dan duit poket setiap kali berceramah, susahlah sikit untuk ke Mekah. Mungkin lepas untuk membeli seluar dalam atau baju dalam saja./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan