Bersumpah untuk Menimbulkan Salah Sangka ?

ruhan
Ini satu lagi masalah berat dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Eskay sudah bersumpah laknat. Oleh sebab itu, timbul sangka buruk orang ramai kepada Anwar. Maka Anwar pun disaran bersumpah bagi menafikan dia pelaku dalam video seks itu hanya sanya untuk menghilangkan sangka buruk orang ramai. Alahai orang Islam di Malaysia. Takat manalah ketaqwaan mereka kepada Allah?

Persoalannya ialah kita tahukah berapa ramai yang buruk sangka itu? Jika ada kita kena tanya pula, mereka itu siapa? Jumlahnya memang tidak diketahui kerana tiada kajian yang dibuat. Gerombolan yang anti-Pakatan memang buruk sangka kepada Anwar. Kita pun tidak mengetahui jumlah orang yang menyampah dan meluat kepada pendusta Tiga Jahanam tu. Begitu juga dengan keramaian penyokong Pakatan jika dibandingkan dengan UMNO. Dr. M kata orang Melayu terbahagi tiga sekarang ini. Satu pertiga dalam UMNO. Satu pertiga dalam PAS. Satu pertiga dalam PKR. Ini bermakna Pakatan menguasai dua pertiga orang Melayu. Lebih banyaklah orang Islam yang menyokong Anwar.

Satu persoalan lagi ialah kita nak ikut buruk sangka orang kah atau hukum Allah. Oleh sebab hukum Allah yang berlebih-lebihan utamanya, persetankanlah buruk sangka yang di dalamnya ada bujukan syaitan tu. Jadi apa perlunya saranan Mufti Perlis dan Bekas Mufti Perlis itu? 

Janganlah suka sangat beri komen begitu dan begini. Tak bolehkah kita berpegang kepada satu sahaja, iaitu hukum Allah. Kalau banyak sangat cek-cok cek-cok orang Melayu yang sememangnya tak kuat Islamnya menjadi bertambah-tambah keliru. Sampai hatikah ahli agama memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk itu? Fikir pakai otak yang Allah berilah, jangan pakai kepala lutut!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan