Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pegawai tertinggi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana bersikap tidak professional dan tunduk kepada campurtangan Umno untuk mensabotaj pembangkang.
Alasan RoS untuk mengharamkan PKR kerana memecat seorang ahlinya tidak masuk akal dan menzahirkan camputangan politik dalam jentera pentadbiran negara, kata Anwar dalam wawancaranya dengan TV Selangor.
"Dalam kes terbaru Pendaftar Pertubuhan, (keputusan) jelas dibuat pada tahap yang cukup memalukan (apabila) rujuk kepada undang-undang yang salah dan menggunakan peraturan tidak konsisten," kata Anwar.
"Pemecatan ahli dilakukan oleh semua parti termasuk Umno. Ribuan ahli-ahli Umno yang menyertai menyertai Keadilan dipecat tanpa tunjuk sebab oleh RoS tetapi untuk kita, satu kes dijadikan sebagai alasan untuk membatalkan pendaftaran," kata Anwar.
Justeru, gagasan itu menolak perlakuan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang didakwa menindas PKR, kata ketua umum parti itu.
Anwar berkata kepimpinan Umno sekali lagi bersikap diktator apabila menggunakan RoS untuk membubar PKR berasaskan undang-undang parti yang direkayasa dan maklumat salah.
Bertindak zalim
Beliau berkata sekalipun RoS bertindak zalim membatalkan PKR, perjuangan parti itu tetap diteruskan.
"Saya ingin mengingatkan mereka kalau pun dibatalkan, kita akan tetap lawan, kita yakin dan kita ada cara atasinya. Jangan mereka ingat mereka ini (Hosni) Mubarak," kata beliau merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang ditumbangkan dalam arus kebangkitan rakyat menuntut demokrasi dan keadilan.
Dalam wawancara dengan TV Selangor ini, Anwar berkata pihaknya akan sentiasa mendokong pegawai kerajaan yang mengutamakan keberhasilan negara tetapi menolak mereka yang bertindak bagi memenuhi agenda politik Umno.
Namun peruntukan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.
Pimpinan PKR menyifatkan notis RoS itu berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan