Gaddafi Selamat, Anak Cucu Terkorban Dalam Serangan NATO


TRIPOLI, 1 MEI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO semalam namun anak bongsu dan tiga cucunya terkorban.

Gadaffi dan isterinya dilaporkan berada di rumah anak mereka Saif al-Arab Gaddafi, 29, ketika premis itu menjadi sasaran peluru berpandu Nato, menurut jurucakap Libya Moussa Ibrahim.

Saif al-Arab, anak keenam Gadaffi pernah belajar di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya, kata Moussa.

Pegawai-pegawai Libya membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit. Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.

Gadaffi berkata banglo itu diserang dengan hentaman yang kuat, dirujuk kepada peluru berpandu.

“Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini,” kata jurucakap itu.

“Pemimpin kami (Gadaffi) berada dalam keadaan sihat,” kata Moussa.

“Beliau tidak cedera. Isterinya juga berada dalam keadaan sihat,” katanya dipetik laporan media asing.

Dalam laporan disiarkan MSNBC hari ini, Moussa berkata, Saif al-Arab “sedang bermain dan berbual dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila diserang.

Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Robert Gates memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat NATO tidak menyasarkan Gadaffi secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan.

Gadaffi ada tujuh anak lelaki dan seorang perempuan.

Pemimpin juga mempunyai seorang anak angkat yang terbunuh dalam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas kawasan kediamaannya di Bab al-Aziziya pada 1986.

Ibu Saif al-Arab adalah Safiya Farkash, seorang bekans jururawat dan isteri kedua Gadaffi.

Serangan semalam menyusul beberapa jam selepas Gaddafi menyatakan kesesiaan berunding dengan kuasa-kuasa NATO bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan