Sarawak Report
Sarawak Report telah memperolehi beberapa keping gambar mengenai peti-peti undi yang telah dicerobohi seperti yang terdapat di pusat pengiraan undi berkontroversi di Senadin. Semasa pilihanraya itu kisah kesalahan rasuah dan pembelian undi di kawasan Miri itu telah terbongkar.
Calon PKR, Dr Michael Teo, yang pada mulanya telah mendahului dalam bilangan undi sehingga pada saat-saat akhirnya, tiba-tiba pusat tersebut telah mengalami gangguan bekalan elektrik dan menimbul rasa cemas dan keliru, di mana akhirnya calon SUPP-BN telah disahkan sebagai pemenang dengan kelebihan undi 58.
Dr Michael seterusnya telah mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah.
Jika Dr Teo meneruskan niatnya dan bertanding semula, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong aduan dan bantahannya itu. Sebagai contoh, undi pos telah menunjukkan peratus sebanyak 103% melebihi kertas undi yang dikeluarkan. Dr Teo juga melaporkan bahawa 20 keping dari kesemua kertas undi telah tidak dikembalikan. Seperti yang direka-reka, 1,134 dari undi-undi itu berpihak kepada SUPP dan hanya 58 kepada Teo – PKR dikatakan mendapat hanya 5% dari 20% keseluruhan undi pos.
Pegawai Pilihanraya, Chai Ko Het, pada malam itu telah memburukkan lagi keadaan di pusat itu dengan tidak membenarkan pengiraan semula, walaupun beza pada keputusan itu adalah sekecil 0.4%. Peraturan jelas mengatakan jika perbezaan keputusan adalah kurang dari 2%, maka pengiraan semula dibenarkan. Chai Ko Het telah diketahui bersungguh-sungguh berpihak kepada SUPP. Para pekerja SUPP juga diketahui dibenarkan memasuki beberapa tempat mengundi, bertentangan dengan peraturan-peraturan, bagi membolehkan mereka menentukan pengundi telah hadir (suatu cara transaksi di mana BN akan membayar pengundi, sebahagiannya dijelaskan dahulu, dan selepas pengundian bakinya dijelas!)
Maka, bagaimana pula dengan gambar-gambar foto yang telah kami paparkan di bahagian atas laman ini? Ianya telah membuktikan bahawa terdapat keadaan luarbiasa berlaku pada hari Isnin, iaitu dua hari selepas pengundian, di mana, ketika kontrovesi Senadin masih berlaku, seorang agen PKR telah dipanggil bersama-sama seorang lagi agen BN, bagi menyaksikan sendiri peti-peti undi yang terlibat, dengan kehadiran seorang pegawai pilihanraya.
Butir-butir amalan tidak dijelaskan dan calon PKR, Dr Teo, tidak diberitahu mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil kemudian! Semasa pertemuan yang agak luarbiasa itu, yang telah menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai kemurnian amalan pilihanraya yang telah berlalu itu, pegawai pilihanraya telah mengeluarkan peti-peti undi untuk diteliti oleh kedua-dua agen yang telah diundang itu.
Agen PKR yang dijemput ke pejabat itu, telah secara kebetulannya membawa sebuah kamera bersamanya, telah merakamkan beberapa gambar yang membuktikan keluarbiasaan yang terdapat pada peti-peti undi, yang disahkan dan dipersetujui bersama agen BN dan juga pegawai pilihanraya. Terdapat 8 sampul merah kertas-kertas undi yang disimpan di dalam peti-peti undi plastik, yang dibungkus dengan pembungkus plastik berwarna kuning, tidak ditutup dengan kemas dan tidak terdapat sebarang tandatangan bagi mengesahkan bahan-bahan bukti itu disemak dengan teliti atau terperinci.
Tambahan pula, 4 buah daripada peti-peti undi itu tidak ditutup atau dilakri dengan sempurna. Terdapat 2 buah peti undi ditutup secara salah bagi membolehkannya mudah dibuka. Di dalam sebuah lagi peti undi, sampul berwarna merah telah dipotong dan kertas-kertas undi telah disimpan secara tidak kemas!
Ketika agen PKR sibuk merakamkan gambar-gambar mengenai tanda-tanda penipuan pengundian, tiba-tiba pegawai pilihanraya itu telah membuat suatu pengumuman yang mengejutkan. Dia telah mengarahkan supaya semua kertas undi dikeluarkan dari peti-peti undi, yang diterima dari kesemua 40 buah pusat pengundian itu, untuk dimasukkan ke dalam satu beg untuk disimpan semula!
Kenapakah pegawai pilihanraya, yang bertugas di bawah seliaan Ketua Pegawai Pilihanraya Chai Ko Het yang tidak hadir itu, telah memutuskan untuk mengengkari arahan-arahan dan peraturan-peraturan pilihanraya sedemikian?
Jika Dr Teo memutuskan untuk menentang kes penipuan pilihanraya itu, maka dia sedar bahawa dia sebenarnya menentang sistem kehakiman yang dikawal oleh Taib yang korup dan tidak adil.
Walaupun pihak pemerintah telah bekerja keras melaksanakan penipuan dalam pilihanraya itu, namun umum kebanyakannya telah juga berjaya meraih 45% dari keputusan undi rasmi. Angka tersebut memberikan gambaran rasa tidak puas hati rakyat negeri ini terhadap pimpinan korup Taib selama 30 tahun dan juga jangka masa separuh abad pimpinan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan