Jamil Khir Yang Songsang

wfauzdin_ns
SEMALAM satu perhimpunan telah diadakan di Masjid Negara selepas Solat Jumaat bagi menentang sebarang bentuk politik fitnah dan lucah di negara ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO itu kemudiannya membawa memorandum bantahan tersebut ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar kes video seks atau tuduhan zina yang kununnya melibatkan DS Anwar ini diadili mengikut Hukum Syarak bukan dengan cara Jahil iaitu bersumpah laknat.

Dipetik melalui Agenda Daily, Jamil Khir menyatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk menunjukkan amarah bertujuan politik. Erti kata, Jamil Khir tetap istiqomah bahawa masjid bukan tempat berpolitik dalam kata lain politik tiada kena mengena dengan agama. Mungkin jika ada umat Islam yang tidak suka cara Jahiliyyah diamalkan di negara ini, jangan gunakan masjid tetapi gunakan padang bola atau pusat hiburan untuk meluahkannya.

Jamil Khir orang Umno dilantik menjadi Senator, dan Umno sejak dari azali lagi memang mengasingkan politik dari agama. Jadi, kenyataan Jamil Khir memang tepat sebagai ahli Umno tetapi jahil sebagai Muslim. Di dalam isu video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar, kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Syariah atas kes Qazaf yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran sendiri. Adakah Jamil Khir bersetuju kes ini diadili mengikut Islam?

Ini ulasan atau komen Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera di dalam hal ini seperti yang dilaporkan di dalam Agenda Daily, " Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu itu tidak sewajarnya dibebankan kepada JAWI tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan. "Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian. "Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah," katanya-(Agenda Daily-6/5/2011).

Kekuatan kes apa yang dimaksudkan oleh Jamil Khir itu? Sumpah laknat Eskay secara terang-terang merupakan satu tuduhan melakukan zina tidak lagi mempunyai kekuatan kes? Sebelum ini, di dalam kes fitnah Liwat melibatkan DS Anwar dan juga Saiful, terdapat juga kekuatan kes yang mana ada dakwaan menuduh berlakunya liwat dan kes ini pun telah di rujuk kepada Mahkamah Syariah, tetapi tangan siapa yang menjadi Iblis sebagai penghalang?

Mengapa susah sangat untuk Jamil Khir berterus terang bahawa di negara ini tidak mengguna pakai Al-Quran sebagai rujukan berkaitan kes-kes seperti ini? Mengapa perlu berputar-putar untuk mengelirukan umat Islam semata-mata untuk memuaskan kehendak pemimpin yang sememangnya terkenal dengan anti Islam? Sebelum ini Jamil Khir juga pernah berkata biarlah Eskay mahu bersumpah laknat di masjid. Apabila beliau berkata demikian, samalah juga dengan beliau berkata biarlah orang mahu memuja nombor ekor di dalam masjid asalkan baca Bismillah terlebih dahulu.

Inilah tokoh agama yang ada di dalam Umno, dan inilah parti yang merayu siang dan malam mahu PAS bersamanya. Sebab itu saya katakan, DAP lebih baik dari Umno setidak-tidaknya DAP sekarang sudah tahu menjaga adab di dalam masjid. Memang tepat dan bijak PAS menolak Umno untuk dijadikan kawan kerana berkawan dengan orang jahil yang tidak boleh diajar ini membuang masa sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan