mazwandi
Ada sesiapa yang terbaca Utusan Online? Jika tiada, eloklah, ada yang mengikut pandangan golongan yang mengharamkan membaca Utusan kerana ianya akhbar fitnah. Pandangan itu betul, tetapi bagi satu pihak yang lain, iaitu askar-askar yang menentang secara terus dengan musuhnya, askar itu patut membaca dan mengetahui segala cerita, perancangan, tipu daya, propaganda dan fitnah yang dilontarkan agar askar-askar itu dapat menyerang kembali musuhnya dengan peluru yang betul.
Maka, mahu tidak mahu, askar-askar pejuang wajib baca Utusan untuk mengenali musuh. Terutama askar-askar didalam alam siber. Peluru mereka adalah matlumat.
Hamba tertarik dengan cerita dari Utusan yang bertajuk Jimat kos RM4.25 bilion. Kerajaan sekarang sedang membuat kajian untuk memansuh atau menukar 400 dasar dari seluruh kementerian dalam kerajaan Malaysia untuk mendapatkan penjimatan kos sehingga RM4.25 bilion menjelang 2015. Ia telah dikaji oleh agensi kerajaan dan perunding asing. Mungkin perunding asing ini adalah Yahudi APCO.
Jika ya pun Kerajaan dapat menjimatkan kos sehingga RM4 bilion, apa yang rakyat dapat secara terus? Adakah nilaian duit berbilion itu akan diterjemahkan dengan menaikkan taraf hidup SELURUH rakyat Malaysia, atau ianya hanya akan menguntungkan towkey-towkey besar, kroni-kroni dan syarikat gergasi?
Malaysia sekarang ini ditadbir oleh sebuah parti yang kapitalis. Mengamalkan sistem monopoli untuk kaya. Mewujudkan puak-puak kroni agar duit-duit itu hanya berpusing diantara mereka-mereka yang memegang kuasa dan mereka yang berada disekelilingnya. Mana pernah kerajaan kapitalis ini membiarkan duit berbilion digunakan untuk mengkayakan rakyat. TIDAK PERNAH.
Apa yang mereka buat adalah hanya memberikan sedikit sisa-sisa potongan kek keuntungan kepada rakyat hanya untuk menutup mulut manusia yang lapar dengan memberi sesuap nasi. Esok lusa rakyat itu akan kembali lapar dan akan kembali meminta dari pemerintah kapitalis untuk diberi sesuap nasi. Beginilah modus operandi umno untuk mengekalkan kuasa selama-lamanya.
Cuba anda semua bayangkan, orang yang menduduki rumah ini, apa yang mereka akan perolehi dengan duit RM4 bilion itu? RM200 sebulan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan