Konvensyen PR Hadapi PRU 13 Pada Jun

PETALING JAYA, 4 MEI: Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat akan berlangsung pada pertengahan bulan Jun tahun ini menurut Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan gagasan itu di sini semalam.

Anwar berkata konvensyen yang dijadualkan pada Mac lalu terpaksa ditangguhkan berikutan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Justeru beliau berkata Pakatan Rakyat akan membuat persediaan awal menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal diumumkan bila-bila masa.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, gabungan itu akan memperkasa penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai Buku Jingga untuk mengangkat martabat seluruh masyarakat di negara ini.

Anwar kemudian berkata, pendekatan polisi Buku Jingga diterima baik rakyat namun Umno-BN dilihat sedaya- upaya untuk mengagalkan usaha mengetengahkan polisi itu.

"Penerangan berkesan. Rakyat menerima baik penjelasan Buku Jingga. Oleh itu jentera kerajaan dikerah untuk tidak menjawab tapi untuk menfitnah kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai penghianat negara.

"Di Johor polis diperalat melarang ceramah," kata beliau.

Ketua Pembangkang itu turut mengulas peranan media yang semakin tertekan berikutan cengkaman yang dikenakan terhadap institusi itu oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Najib menggunakan garis panduan Apco untuk memaparkan imej neutral kerajaan namun pada masa yang sama menyekat kebebasan media.

"Kita ambil kesempatan hari kebebasan media dan kedudukan media merudum di bawah kepimpinan Najib yang menggunakan Apco untuk gembar-gemburkan sikap neutral tapi rakus dan kejam termasuk menyekat kebebasan media," jelas beliau lagi.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan