Kristian Agama Rasmi. Apa yang ribut sangat?

penhijau
Pertama,  belum dapat disahkan samada wujud usaha untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Hanya sekadar teka yang berasaskan satu perjumpaan para paderi seluruh Malaysia. Tiada maklumat yang dapat disahkan apa sebenarnya  butir  perbincangan dalam perjumpaan tersebut. Ni pun satu masalah. Kemarahan cuba dicetuskan oleh sebuah akhbar berasaskan berita agak-agak. 

Sebenarnya pendekatan ini adalah pendekatan paling tidak bertanggungjawab. Sampai bilakah akhbar berkenaan ingin menggunakan kaedah menimbulkan rasa takut  dan bimbang bagi meraih sokongan masyarakat? Hanya masa yang akan menentukan.

Katalah berita ini diterima sebagai benar, lalu apakah ianya sesuatu yang terlalu besar, terlalu sensitif, terlalu menghina agama lain khususnya agama Islam yang diterima sebagai agama rasmi Malaysia? Tiada pulak isu yang mengatakan gugurkan Islam sebagai agama rasmi dan gantikan dengan Kristian. Cuma yang ada hanya sekadar satu permohonan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sama seperti  Islam. Itu sahaja.

 Ia hanya seperti sebuat ribut yang sengaja dibuat-buat dalam sebuah bilik dengan menggunakan sebuah kipas besar dengan kelajuan maksimum. Wal hal ia sebenarnya bukan ribut pun. Yang sibuk dengan ribut hanyalah penghuni dalam bilik tersebut sedangkan bilik balik yang lain dalam  rumah tersebut  tenang saja. Tak de ape pun.

Kalaulah berita ini benar ianya adalah satu persoalan yang terlalu mudah untuk dirungkai. Di Malaysia ni siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan agama? Tak lain dan tak bukan ialah yang Dipertuan Agong yang menjadi kepala agama. Maka tanyakan sahaja kepada yang Dipertuan Agong apakah baginda setuju Kristian dijadikan agama rasmi Malaysia? Saya fikir Yang Dipertuan Agong bukan terlalu naïf untuk memikirkan hal-hal seumpama ini? Soal memohon atau untuk menyatakan satu permohonan apakah ia satu isu yang terlalu sensitif ?  Ia hanya sekadar satu permohonan. Penyataan hasrat hati. Lebih-lebih lagi kerajaan sendiri mewar-warkan semangat satu Malaysia. Yang menjadi masalah besar kalau  ada pihak-pihak yang mengambil  tindakan keras seperti mengangkat senjata  untuk menyatakan sesuatu permohonan.  Maka ini perlu ditentang.

Sekiranya sesuatu permohonan itu dinyatakan dalam ruang lingkup demokrasi maka ia bukan  satu masalah. Kalau majoriti setuju dengan sesuatu keputusan maka ia diterima sebagai satu keputusan yang sah. Hatta untuk meminda mana-mana peruntukan perlembagaan sekalipun sekiranya cukup dua pertiga sokongan maka pindaan itu perlu diterima.  Atas dasar ini sekiranya majoriti masyarakat Malaysia satu hari nanti menerima sepenuhnya  pelaksanaan  undang-undang Islam  ke atas setiap rakyat  Malaysia maka ia perlu dilaksanakan kerana ia adalah keputusan yang sah dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh menafikannya. Kalau Karpal Singh mengatakan  bahawa langkah mayat beliau dahulu kalau Malaysia nak jadi Negara Islam, tiada apa yang boleh beliau lakukan untuk menghalang perkara  tersebut sekiranya majoriti rakyat  Malaysia mahukan Malaysia menjadi Negara Islam sepenuhnya biar seribu kali beliau menjadi mayat untuk dilangkah.

Demikian juga sekiranya masyarakat Islam di United Kingdom atau mana-mana negara barat memohon  kepada kerajaan  mereka  untuk menjadikan Islam sebagai Agama rasmi di sana maka apakah itu satu masalah yang besar? Cuma samada ia berjaya atau pun tidak? Itu saja. Selagi mana ia dinyatakan dalam ruang lingkup  demokrasi maka ia adalah sesuatu yang dibenarkan.

Bahkan hari ini telah ada sebuah parlimen Islam di UK. Apa masalanya? Selama mana ia hanya satu platform perbincangan yang tidak mempunyai sebarang kuasa maka ia boleh dijalankan. Bukan jadi satu perkara yang sensitif walau  pun telah ada sebuah parlimen British di sana.  Sekiranya pada satu hari nanti ada mana-mana pihak yang mahu menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Malaysia, maka lakukanlah. Buatlah permohonan.  Tinggal lagi samada  berjaya atau pun tidak? Itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan