MB PERAK Akan Datang Melayu Dari DAP ?

wfauzdin_ns
ZAHID Hamidi meramalkan bahawa DAP Perak akan meletakkan calon Melayu untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum nanti bagi membolehkan MB Perak nanti dilantik dari parti DAP. Saya pun meramalkan demikian dan sekiranya benar secara tidak langsung ini menunjukkan Naib Presiden Umno itu kini sedar bahawa DAP bukan parti `ekstremis Cina'.

Melihat kepada kenyataan Zahid Hamidi di Malaysiakini, tergambar kegusaran pemimpin Umno tersebut untuk mempertahankan Perak yang dirampas secara tidak demokratik selepas PRU yang lalu.

Kebimbangan Zahid Hamidi ini cuba dikongsikan bersama parti sekutu di dalam PR iaitu PAS dan PKR, mudah-mudahan kedua-dua parti sekutu di dalam PR ini akan menjauhkan diri dari DAP dan tentunya memberi laluan mudah kepada Umno untuk meneruskan kuasanya di Perak. Mudah dibaca strategi politik Zahid ini.

Sekiranya memang benar DAP akan menamakan calon Melayu Islam dari parti tersebut untuk dinamakan sebagai MB Perak, apa yang menjadi masalah kepada Umno? Masalahnya ialah Umno tentu akan kehabisan modal lagi untuk bermain dengan isu perkauman. Apa yang kita lihat, kepimpinan DAP di P.Pinang di bawah Lim Guan Eng ternyata jauh lebih baik dan berintegriti dari kerajaan terdahulu di bawah Gerakan. Oleh yang demikian, tiada sebab kita bimbang orang Melayu berugama Islam dipilih menjadi MB Perak sekiranya kita boleh terima pemimpin Cina di P.Pinang berpuluh tahun sehingga sekarang.

Itu pun jika ramalan Zahid Hamidi itu benar. Apa kata jika kita membayangkan bahawa DAP akan tetap menyokong YB Nizar (mantan MB Perak) untuk ditabalkan sekali lagi sebagai MB Perak selepas PRU nanti jika PR berjaya kembali menguasai Perak? Bukankah sebelum ini berkali-kali Pengerusi DAP Perak Ngeh Ko Ham berkata DAP tetap menyokong YB Nizar sebagai MB Perak?Link
Hakikatnya, Umno amat bimbang tentang situasi terkini di Perak. Paling membimbangkan mereka adalah sokongan kaum Cina semakin meningkat terhadap PR hasil daripada tingkah laku Umno dan kerajaan selama ini. Sokongan kaum Melayu pula kini sedang diburu oleh PAS terutamanya dan PAS dibantu oleh PKR mempunyai banyak bahan untuk dihidangkan kepada kaum Melayu di Perak agar mereka tidak lagi percaya kepada Umno. Ini yang merisaukan Zahid sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan