Nak bini pun kena import pe???

Saiful Bahri
Sebelum berlaku perang di lembah Balkan, Penulis pernah berkelana ke Beograde, Bosnia, Kosovo sehingga ke St Petersburg. Negeri yang sejuk mata memandang, kehijauan dengan atap rumah kemerahan berada dilereng-lereng bukit. Menaiki bukit ke tempat yang pernah diadakan Sukan Musim Sejuk dunia, pastinya menjadi tempat yang mengujakan.

Masyarakatnya lembut dan mesra meskipun tak memahami bahasa yang kita bicarakan. Cakap macam ayam dengan itik sahaja.
  
Lelakinya hensem dan wanitanya berkulit putih dan bersih. Taklah berpatik atau berkarat. Dengan mata biru pastinya menceriakan. Penulis pernah mendiami rumah seorang berbangsa Serbia, seorang yang pernah belajar bahasa Arab di Mesir. Marina Kauvechic, seorang yang pasih berbahasa arab meskipun hanya belajar 6 bulan sahaja. Tetapi selepas perang sehingga kini, terputus hubngan dan entah khabar berita.

Apatah lagi perang telah mengorbankan banyak jiwa. Menghancurkan banyak binaan manusia. Wanita-wanita yang lembut menjadi mangsa. Anak-anak yang tidak tahu apa-apa menjadi korban. Kebencian akibat dendam sejarah yang lama dan panjang. Meskipun sama bahasa kekadang berbeza bangsa dan agama, mereka berbunuh-bunuhan. Umat Islam Bosnia akhirnya menjadi mangsa dalam cubaan menghakiskan mereka dari dunia Eropah.

Kini mereka bermasalah untuk mencari isteri dan pasangan. Jangankan nak berpoligami, tetapi dah berkahwin pun kena import wanita dari Albania, Negara tetangga.

Serbia "Defisit" Kaum Wanita, Terpaksa Import Pengantin dari Albania

BEOGRAD - Banyak kota kecil di Serbia mengalami penyusutan jumlah penduduk, karena angka kelahiran rendah, kata Ketua statistik negara Dragan Vukmirovic. Di beberapa Bandar kekurangan perempuan muda mendorong mereka mencari pasangan perempuan asal Albania.

Jumlah penduduk Serbia mencapai 7,3 juta orang, berkurang sekitar 200 ribu jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, dan diperkirakan semakin berkurang, kata Vukmirovic. Dengan angka kelahiran 1.4 persen di negeri itu, hanya 11 Daerah memiliki pertumbuhan penduduk pada 2009, tambahnya.

Vukmirovic mengatakan, rata-rata warga Serbia berusia 41.2 tahun dan dalam 370 desa tidak ada bayi lahir dalam 10 tahun kebelakangan ini. Urbanisasi menyebabkan banyak desa sama sekali terbengkalai dengan 30 peratus warga Serbia hidup di tiga kota terbesar negeri itu, yaitu Beograd, Novi Sad, dan Nis.
Sekitar dua juta warga hidup di Beograd, kota dengan pertumbuhan penduduk 50,000 orang setahun. Perempuan muda lebih banyak meninggalkan pedalaman ke kota besar jika dibandingkan dengan lelaki, kata statistik.

Kecenderungan tersebut menyebabkan lelaki Serbia Selatan "mengimpor" perempuan dari Albania untuk menjadi pengantinnya, kata Ketua Badan organisasi kemanusiaan Stara Raska Ceda Vucicevic kepada wartawan.

Nasib baik orang perempuan Kelantan & Kedah comel-comel gak dan ramai. Kalau tidak terpaksa import orang Siam pulak buat bini
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan