Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar

Salmah Mat Husain
nurul izzah 050407 talkingKETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.
Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.

Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.

“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.

Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.

Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas.

Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

1 ulasan:

  1. ISUE RAKYAT NAK TAHU,,,,PELAKON PORNO tu SIAPA,,,,Dato eskay dah mengatakan yg dlm VIDEO TU ANUAR IBRAHIM ,,dia dah bersumpah,,,,,mengapa ANUAR TAKUT nak BERSUMPAH,,,,,,SAMAN SAJa DATO ESKAY,,,,,,,,,,,,,,Tak ada kena mengena dgn debat,,,,,,,,,,,,BERANI KERANA BENAR,,,,,,,,,,TUHAN TETAP AKAN BERI BALASAN PEMIMPIN YG KHIANATI RAKYAT,,,,,,,,,,

    BalasPadam