Osamah Ben Ladin Sudah Mati?

Mohd Sayuti Omar
Hari ini sekali lagi dunia Islam dikejutkan dengan berita kematian Osamah Ben Ladin. Saya tidak pasti berita seperti ini sudah keberapa kali diwar-warkan. Sebelum ini, beberpa tahun lalu sudah hebuh mengatakan Osamah Ben Ladin sudah mati. Sudah dibunuh. Yang menjadi juara fitnah menghebuhkan kesyahidan Osamah ialah Amerika Syarikat.

Hari ini sekali lagi berita Osamah Bem Ladin sudah mati tersebar di seluruh dunia. Seperti selalunya orang memberi tahu kematian Osamah ini ialah Amerika. Kali ini dari mulut presiden barunya Borack Obama.

Kata Obama, Osamah mati dalam satu serangan atas arahannya di Obottabad, Pakistan. Katanya serangan itu dibuat setelah tentera Amerika mengadakan pengintipan dan memastikan Osamah berada di situ berminggu-minggu. Ia adalah atas bantuan Presiden Pakistan, Asif Ali.

Apabila Obama mendedahkan bahawa kematian Osamah itu atas bantuan presiden Pakistan ia hendaklah diteliti sehalus-halus. Apakah motif Obama membuka mulut seperti itu. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya ialah mahukan umat Islam bergaduh sesama sendiri. Ia mahu memberi gambaran bahawa Osamah mati itu kerana orang Islam juga yang mahu mujahidin itu dibunuh.

Inilah tektik dan strategi Yahudi Amerika. Kalau umat Islam tidak berhati-hati khasnya di Pakistan dan di sebelah Asia Tenggara ini dengan maklumat Obama itu menyebabkan boleh timbul kekeliruan dan pergaduhan sesama sendiri.

Soalnya kini apakah Osamah benar-benar sudah mati? Atau seminggu dua lagi akan muncul beliau dalam klip video mendedahkan dia masih hidup. Kata Obama mayatnya ada dalam simpanan mereka. Untuk apa mayat itu disimpan tidak diketahui. Yang pastinya mayat itu belum dipersaksikan lagi kepada umum. Selagi mayat Osamah tidak dipersaksikan, umat Islam malahan orang ramai di seluruh dunia tidak akan mempercaya kerana mereka sudah arif dengan propaganda Amerika - Yahudi.

Kita berharap malam ini Obama akan menyiarkan mayat Osamah di televisyen. Kena sahkan juga DNAnya. DNA itu jangan pakai ambil di mana-mana saja tetapi biarlah tulen. Jangan pula kurung orang dalam lokap kemudian ambil DNAnya.

Menusia hari ini bukan mudah hendak menerima apa-apa berita kerana banyak orang fasik membawa berita benar yang palsu. Peralatan canggih hari ini boleh digunakan untuk mengabui mata rakyat. Pelacur yang senantiasa dahagakan wang juga banyak yang boleh dikutip dan dijadikan alat.

Seperti mana video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan pelacur itu, ia bukan mudah untuk dipercayai. Kalau benar sekali pun ia tidak akan dipercayai kerana dunia hari ini sudah dibelit dengan pembohongan yang melampau. Apa lagi pendedahan video lucah itu dilakukan sendiri oleh Umno maka tahap keboleh percayaan itu boleh dipertikaikan. Inilah kalau belawak terlalu banyak dan jadi budaya, macam Zulkefli Nordin. Sebab itu Umno boleh menerima Zulkefli Nordin sebab mereka sama-sama melampau dan belawak.

Buatlah sumpah laknat ke sumpah khianat ke sumpah pontianak ke orang tidak akan percaya. Sebaliknya segala sumpah itu akan terpulang melekat kepada diri yang menyumpah. Saya ingat kekecohan yang Obama mengatakan Osamah Ben Ladin itu mati samalah dengan kekecohan yang Umno lakukan mengatakan video lucah yang ditayang di seluruh dunia itu adalah Anwar Ibrahim.

Cuma bezanya Umno menjaja maruah orang untuk kepentingan politiknya manakala Obama pula menjaja mayat untuk menunjukkan kehebatan Amerika. Kedua-duanya tidak bermaruah.

Keduanya tidak mudah untuk dipercayai selagi bukti-bukti sahih termasuk DNA sahih tidak dikemukakan. Kalau setakat sumpah laknat semata-mata go to hell dengan segala berita berita yang seolah-olah benar itu. Bukankah Umno itu sendiri anak kepada Amerika? Dan sesungguhnya kalau Obama dijemput Allah untuk istirehat di syurga lokanya, tidak ada salahnya kerana setiap dari kita ini semuanya akan mati. Apa yang membimbangkan ke mana kita sesudah terpisahnya jasad dengan badan, apakah kembali ke alam barzah ataupun mati tergolek macam katak di tepi ril keretapi di Pasir Mas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan