Pendedahan pertemuan paderi diserah ke SKMM

NONE
Pendedahan dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang hari ini.

Rais, yang juga ahli parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

utusan malaysia, malaysia negara kristianBeliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak.

Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini.
-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan