Tok Senapi
Ada orang tanya Kedah La janji nak siarkan '1Hari 1Penyelewengan' zaman BN, tapi ada hari yang tak siar. Sebenarnya Kedah La terpaksa kaji balik permintaan peminat yang minta jangan siarkan kerap sangat sebab depa takdan atau tak sempat ikuti. Maklumlah bukan semua rakyat Malaysia ni boleh masuk alam maya tiap-tiap hari. Lainlah bila PR menang tawan Putrajaya esok, WiFi percuma di mana-mana.
Untuk melayan peminat golongan tersebut maka Kedah La selang-selilah dengan pendedahan yang berlaku di luar Kedah juga. Macam mana pun insya'Allah stok penyelewengan UMNO ada sehingga depa tersungkur kat Putrajaya.
Untuk penyelewengan hari mai kita tengok duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) digunakan biayai penginapan di Perhimpunan Agung UMNO.
Belanja yang digunakan atas nama penginapan Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang lanie) ialah RM2,249.00 (bayaran pada 8/7/03, cek no. 28915). Manakala penginapan untuk perwakilan UMNO yang lain (tidak dinyatakan Bahagian mana, tetapi dipercayai UMNO Bahagian Padang Terap) ialah sebanyak RM36,210.00 (3/7/03, no. cek:985540).
JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan