Remaja mati ditembak polis, ibu buat aduan

johari abu bakar police shooting victim 150511
Ibu kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang ditembak mati oleh polis pada hari Jumaat, membuat laporan polis hari ini menafikan anak lelaki itu terlibat dalam sebarang jenayah.

Salmah Mohamed Shariff, 41, berkata beliau dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya telah mati ditembak, apabila dia melepaskan tembakan ke arah mereka, tetapi beliau tidak mempercayainya.

Setahunya, kata Salmah, anaknya itu tidak pernah memiliki sebarang senjata. Anak lelakinya itu, Johari Abu Bakar (kanan) mati pada 13 Mei sekitar jam 11 malam akibat kecederaan yang dialaminya di Dengkil, Selangor.

Salmah berkata, keraguan mengenai keadaan kematian anaknya timbul apabila beliau pergi mengenal pasti mayatnya di bilik mayat Hospital Serdang semalam.

Dalam laporan polisnya, Salmah berkata bahagian depan mayat anaknya itu ditutupi lumpur dan selepas bedah siasat, beliau nampak dengan jelas tangan kanan anaknya itu patah.

Kematian Johari itu menjadi jumlah remaja bawah umur yang mati ditembak polis yang dakwa dalam kejadian tembak menembak, kepada lima orang sejak tahun lalu.

petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cry
Menurut Salmah, seorang anggota polis bernama Afendi memberitahunya bahawa anak lelakinya dan empat yang lain dipantau sejak lima hari sebelum kejadian itu, dan mereka menginap di sebuah hotel di Dengkil berdekatan dengan balai polis.

Katanya, anak lelakinya itu dikatakan berjalan keluar dari hotel itu dan memasuki keretanya apabila kereta polis menyerbu dan mengepungnya.

Salmah berkata, mereka mendakwa anak lelakinya telah mengundurkan keretanya dan merempuh salah sebuah kereta polis dan mula menembak mereka.

Menurut polis, katanya, mereka tidak dapat menahan empat orang yang lain kerana mereka dapat melepaskan diri.

Salmah menuntut sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu kerana Johari masih muda.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) James Nagayam, ahli parlimen PKR Subang MP R Sivarasa, ADUN Lanjan Bukit Elizabeth Wong dan peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyer for Liberty menemani Salmah membuat laporan polis itu tengah tadi.

Fadiah memberitahu Malaysiakini bahawa peguam keluarga tersebut akan menfailkan satu perintah mahkamah untuk mengadakan bedahsiasat kedua.

Ini erana ahli patologi Dr Abdul Karim Tajuddin, yang melakukan bedahsiasat ke atas mayat Johari, sedang disiasat oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan