Satu Ketika Benci,Satu Ketika Lain Mesra Ditemuramah Utusan Malaysia

ramziredang 


Itulah tahap 'intelektual'nya pemimpin PAS. Dengan jelas dan terang lagi bersuluh, siapa yang bernama pembangkang tahu bahawa utusan malaysia adalah bapak segala fitnah di malaysia. Bukan main hebat lagi ianya dikutuk oleh para pemimpin PAS, kononnya ianya penyebar fitnah, penjaja isu moral yang murah atau adakalanya digambarkan penyesat umat Islam di malaysia. Tiba tiba Ketua Pemuda PAS pula sanggup menghulur kepala untuk diputarbelit oleh utusan.

Dengan tajuk "Ada Pengacau Dalam Pemilihan PAS" jelas sekali tajuk tersebut sudah membawa seribu persoalan pula, apakah yang dimaksudkan oleh ketua pemuda PAS tersebut.

Memang tidak ramai membaca artikel tersebut termasuk aku, sebab sudah lama memboikot utusan. Tetapi dengan rela ditemuramah oleh utusan, dengan jelas sekali ketua pemuda PAS ini ingin memberi mesej, membatalkan langkah memboikot utuasan. Kalau betul kita tidak menggalakkan ahli membaca utusan, untuk apa kita rela ditemuramah?

Maka hasilnya bila rela ditemuramah, keluarlah pula tajuk yang agak sensasi, iaitu 'pengacau di dalam pemilihan'. Ramai yang tidak tahu apa maksud sebenar dan golongan mana yang dimaksudkan oleh ketua pemuda PAS ini, tetapi kerana dia sudah rela disembelih oleh utusan, maka adalah peluang yanng sangat elok bagi utusan untuk bermain isu.

Terpaksa pula ketua pemuda PAS mencari saluran lain untuk menerangkan bahawa 'pengacau itu' bukan dimaksudkan dengan orang orang di dalam PAS sendiri.

Kenapa langkah bodoh ini berlaku? Kerana memang ramai pemimpin utama PAS tidak sedar dia adalah pelanduk dan utusan maupun TV3 adalah jerat. Jerat tidak pernah melupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu melupakan jerat. Nampaknya dalam dunia akhir zaman ini, ilmu agama yang menebal tidak cukup untuk membuat seseorang itu cerdik dan dapat menghayati hadis nabi yang bermarhum jangan dipatuk di dalam lubang yang sama.

Jika hishamudin adalah ketua pemuda pondan di dalam UMNO, maka layaklah ketua pemuda ini pondan di dalam PAS.

1 ulasan: