Taman Tamadun Islam ke Taman Tamadun Disko?

BekokCobbong
Kawan baik aku yang tinggal di Kampung Pulau Ketam komplen dan merungut.Katanya Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sekarang dah jadi macam tapak pesta dan disko. Tentu tak berapa ramai yang tahu akan kewujudan Kampung Pulau Ketam di Kuala Terengganu.Selalu yang kita dengar Pulau Ketam kat Selangor tu. Pulau Ketam di Kuala Terengganu tidaklah seglamer Pulau Duyong walaupun 


Pulau Ketam terletak di dalam Pulau Duyong itu sendiri.Nah..bila sebut Pulau Duyong semua orang tahu kan.Takkan tak tahu kot pasal tempat Monsun Cup yang perabis beras tu.

Oklah, aku bukan nak cerita pasal Pulau Ketam tu sangat.Berbalik kepada isu yang member baik aku tu komplen.Katanya rumahnya di kampung  Pulau Ketam terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.Katanya sekarang pencemaran bunyi  semakin menjadi-jadi di Pulau Taman Tamadun tersebut.Pencemaran bunyi yang beliau maksudkan ialah dendangan muzik yang hampir setiap malam berkumandang dengan bingitnya sehingga mengganggu ketenangan malam penduduk Pulau Ketam.Orang Terengganu kata,”bising bangor!”.


Dia pun tidak pasti sama ada pihak berkenaan di Taman Tamadun Pulau Wan Man itu tahu tentang perkara ini.Jika tahu, bermakna memang mereka tidak prihatin, tidak berhati perut dan tidak ada sifat kemanusiaan .Ini kerana perbuatan mereka mengganggu dan menyusahkan orang lain.Tapi jika mereka melakukannya kerana tidak tahu dan sedar  ia mengganggu orang lain, member aku tu kata dia ingin maklumkan kepada mereka,  walaupun Pulau Ketam dipisahkan dengan sungai dengan Pulau Tamadun tersebut, jaraknya sangat dekat.Tidak sampai pun 500 meter. Mungkin tidak sempat pun sepenanak nasi.Jadi bunyi paluan gendang dan muzik tersebut sangat jelas dan sampai terus kepada penduduk-penduduk Pulau Ketam.
Pesta muzik ini berterusan hingga ke larut malam yang ternyata sungguh mengganggu tidur orang kampung beliau.Sedangkan esoknya ramai pelajar dan penduduk yang perlu bangun awal untuk pergi sekolah atau pergi bekerja. Amat malang waktu malam yang sepatutnya waktu untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah seharian penat bekerja di siang hari diganggu dan dirampas oleh gendang-gendang yang sungguh bising dan bingit. Apatah lagi jika ada keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas  atau ahli keluarga yang uzur. Ada orang kampung member aku tu pernah bagitau dia tidak dapat tidur sehinggalah bunyi bising muzik tersebut berhenti.Kesian kan.
Menurut member aku tu lagi, pada awal-awal  Taman Tamadun ini dibina perkara ini tidak berlaku.Tetapi kebelakangan ini ia semakin galak berlaku.Boleh dikatakan hampir tiap-tiap malam.Baru-baru ini perkara ini behenti sekejap apabila kerajaan negeri Terengganu memberhentikan program hiburan selama sebulan sebagai menghormati kemangkatan Bonda Yang Dipertuan Agong.Malangnya sebaik saja tempoh larangan tersebut berakhir pada 29 April, pada 30 April terus berkumandang semula pencemaran bunyi tersebut sehingga ke hari ini.
Sungguh menyedihkan kerana perkara ini bukan saja mengganggu penduduk di situ  tetapi mencemarkan imej Islam.Ini kerana  aktiviti di Pulau tersebut tidak menggambarkan imej Islam malah mengganggu ketenangan orang lain.Tidak selari dengan imej dan nama sebagai Taman Tamadun Islam.Nama je Taman Tamadun Islam tapi macam jadi tapak disko, tapak karaoke dan tapak funfare.
Aku mewakili kawan aku tu dan penduduk kampung beliau di Pulau Ketam memohon kerajaan negeri dan pihak berkenaan mengambil maklum dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi perkara ini.Ini suara rakyat marhaen, dengarlah.Bimbang-bimbang penduduk Pulau Ketam tidak redha dan tidak halalkan bunyi tersebut yang menganggu kehidupan mereka setiap hari.Belum lagi masuk bab bina Taman Tamadun dengan duit rakyat tu..tu kena tulis dalam topik lain pulak..:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan