Ugut tembak kalau tak kahwin

SUNGAI PETANI: “Dakwaan lelaki itu mengatakan dia dibogelkan serta dibelasah dengan kayu dan pisau selain disumbat dalam but kereta tidak benar, sebaliknya dia sebenarnya menculik anak saya dan memaksa menikahinya di Thailand.”

Begitu kata Shafie Ishak, 48, bapa kepada gadis dikenali sebagai Sha, 23, yang didakwa dilarikan lelaki terbabit, Mohd Azhar Aziz, 31, ke negara jiran seminggu lalu sehingga menyebabkan dia dibelasah lebih 40 lelaki termasuk penduduk kampung pada awal pagi Khamis lalu.

Shafie berkata, apa yang didakwa Mohd Azhar adalah palsu dan rekaan semata-mata kerana tiada seorang pun daripada lelaki yang membelasahnya di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, menggunakan kayu atau pisau, sebaliknya hanya dengan tangan saja.

Menurutnya, dia juga tidak menafikan mangsa dibelasah sekumpulan lebih 70 lelaki berbanding 40 orang seperti didakwanya, tetapi tidak pasti siapa yang berbuat demikian kerana keadaan gelap pada ketika itu.

“Malah, luka pada lengan dan kaki yang didakwa dikelar ketika kejadian terbabit adalah bohong.

“Sebenarnya luka itu dilakukannya sendiri ketika membawa lari anak gadis saya pada pagi 17 Mei lalu kerana mereka dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan