Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa

Wira Arjuna
Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

malaysia people rakyat

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri! 


Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN. 

Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

najib on kuala terengganu by election 060109 04
Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.
Upah yang tinggi

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi.

azlan
Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luar bandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka. 

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. 

malaysia parliament parlimen
Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Mengenyit mata 

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat!

utusan malaysia kritsian agama rasmi
Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat! 

Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

anti ppsmi rally 070209 rally 02
Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Tak akan dipatuk di lubang sama 

Jika ada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

NONE
Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno. 

NONEKini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadu siber yang berlebih-lebihan memaki hamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan