LONDON: Seorang peserta program pencarian bakat Britain's Got Talent, Lorna Bliss yang memiliki wajah mirip penyanyi Britney Spears beraksi dalam keadaan separuh bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Bliss memakai seluar dalam dan sehelai kain kecil yang menutup payu daranya semasa membuat persembahan di hadapan juri dan penonton.
Bagaimanapun, salah seorang hakim yang juga pelakon terkenal, David Hasselhoff tidak terpikat dengan aksi Bliss itu.
Pada satu ketika, Bliss duduk di atas meja hakim pertandingan.
Ketika-tiga hakim pertandingan tidak memilih Bliss sebagai peserta yang menunjukkan persembahan yang menarik.
Kesemua hakim itu tidak memberikan sebarang undi untuk Bliss yang berusia 32 tahun.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan