Belanja lawatan rasmi Najib 2011 lebih RM900 ribu sebulan

Milosuam

BUAH tangan dari parlimen untuk pembaca MiLo SuaM hari ini. Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri yang korang sayangi untuk setengah tahun ini (Jan hingga Jun 2011) melebihi perbelanjaannya sepanjang tahun 2010. Laporan menunjukkanNajib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011.

Kalau kita lihat, gaji bulanan Perdana Menteri Najib ialah RM22,826.65 sebulan [myMetro]. Namun beliau menghabiskan lebih RM 900 ribu atau lebih 40 kali ganda gajinya setiap bulan sejak Januari tahun ini untuk lawatan.
Setakat RM 5 juta untuk lawatan, apalah sangat bagi seorang Perdana Menteri seperti Najib. Sebelum ini Najib menghabiskan RM65 Juta untuk mengubahsuai kediaman rasminya di Putrajaya. Ahli Perlimen gerombolan songkok tinggi dengan bangganya bersetuju terhadap usul tersebut. RM 5 juta kalau bagi Bik Mama, sehari je dah boleh habis buat beli 5 buah beg tangan import.

ReJaM© "Kalau korang fikir Najib paham kesusahan rakyat bawah, korang silap besar kah kah kah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan