KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara berkata, perbuatan menghalau seorang muslim yang mahu mendirikan solat adalah zalim dan berdosa besar.
Beliau mengulas tindakan salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya Likas, Sabah menghalau seorang pemuda dari masjid berkenaan semata-mata kerana memakai T Shirt Bersih 2.0.
Dalam kejadian itu, pemuda berkenaan bukan sahaja dihalau, tetapi juga dihambur dengan kata-kata kesat oleh AJK masjid tersebut seperti dilapor Harakahdaily hari ini.
Mengulas insiden itu, Shamsul berkata perbuatan menghalang seorang muslim menunaikan solat bukan sahaja berdosa dan zalim di sisi Allah S.W.T, tetapi juga memalukan umat Islam.
“Ahli jawatankuasa itu berdosa kalau menghalang orang melakukan solat kerana pemuda itu tidak membuat apa-apa kesalahan selagi cukup syarat dan beradab.
“Kita tak boleh halang orang menunaikan solat. Tidak ada perbuatan yang lebih zalim daripada itu di sisi Allah,” ujarnya ketika dihubungi.
“Ini disebabkan perasaan tidak suka, bimbang oleh sekelompok golongan berkenaan (Pemerintah). Samada dia (AJK masjid berkenaan) tak faham hukum atau buat-buat tak faham,” katanya.
Justeru itu Shamsul menasihati jawatankuasa masjid di setiap negeri supaya tidak melakukan perkara yang memalukan seperti itu.
“Mereka perlu jaga amanah, ikut cara yang ditetapkan Islam, takut kepada Allah dan bukan takut kepada pemerintah,” ujarnya.
kan aku dah cakap... kat m'sia nih kalau lawan hukum syariat tak pa tapi jannngan lawan amno... pasti dikenakan tindakan... habih dah sesat jadinya negara ku dek pemimpin2 yg jahil dan sesat lagi menyesatkan ini... semoga Allah melindungi kita dari pemerintah yg zalim ini. dan semoga Allah melingkupkan golongan yg zalim ini... AMIN...
BalasPadam