Igauan 1999 dibiar Najib berulang kembali

M FAQIH
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_PC1p_exFR1bAoBeScswb5hDpPMGtv4a4Herpl3KnUf7bMouBo40vD7EOa1rQDfD5uJgU7myLtDamEwYKL-a77tyJ6vpzIwbUbpKb2OjVxOqkR_XaEv0JCyHc8fOe7Dz8kLY27hxlJwvg/s1600/spr.jpgKALAULAH benar khabar Perhubungan Umno Negeri-Negeri sudah diarah membuat persiapan, sahlah pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.Arahan tersebut difahamkan keluar akhir minggu lalu. Datoí Seri Najib Razak dikatakan mengambil risiko berganda bagi mengelakkan implikasi ekonomi lebih parah tahun hadapan.Sarjana melihat kegawatan ekonomi 1997-1998 antara penyebab pengundi Melayu lari kepada Barisan Alternatif (BA).

Ramai mengakui faktor itu berada di kedudukan utama dalam analisis pilihan raya 1999.

Keduanya, faktor kegawatan politik ekoran pemecatan dan tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada sarjana merumus tempias kegawatan ekonomi dan politik negara jiran menjadi faktor ketiga.

Keputusan pilihan raya umum 1999 menunjukkan BA memperolehi 26.3 peratus kerusi parlimen (45 kerusi). Berlaku peningkatan berbanding PRU 1990 dan PRU 1995.

Dan sekali lagi fenomena tersebut seperti bakal berulang. Banyak dalil menggambarkan ia mulai menghampiri ke garisan sekarang.

Buktinya kegawatan ekonomi mulai dirasai semula. Kenaikan tarif elektrik sehingga 7.12 peratus pada awal Jun lalu menjadi indikator penting membuktikan situasi tersebut.

Sekarang Perdana Menteri perlu satu kebijaksanaan baru. Tanpa ada langkah berani peristiwa 1998 boleh berulang. Jalan pintasnya, menjadikan November 2011 sebagai medan bagi menguji pengaruhnya.
 
Liwat versi pertama menjadi punca orang Melayu menjadi mual. Sekarang hidangan serupa disajikan semula Umno untuk rakyat. Kesannya rasa mual mulai berganda.

Ada orang Melayu perlu rawatan psikologi angkara politik mual yang sedang melanda.Liwat versi kedua dan video seks menyebabkan ramai orang Melayu mulai berfikir berulang kali. Tambah melondehkan jiwa mereka apabila video dijadikan alat untuk menghina Anwar.

Ceramah Biro Tata Negara (BTN) dan kursus untuk guru-guru banyak lagi diselit adegan video itu. Fasilitator BTN sekarang tidak perlu lagi bercakap banyak, sekadar menayangkan video yang haram di sisi agama.

Itulah yang bersarang dalam kerangka pemikiran Umno dan BN. Ternyata mereka tidak cuba belajar dari sejarah. Sejarah 1998 tidak mampu dipadam begitu sahaja.

“Tidak kurang pentingnya inilah pilihan raya yang diramalkan membawa gelombang perubahan besar menjelang alaf baru.

Pilihan raya 1999 ialah pertarungan antara politik lama dan politik baru,” tulis sarjana UKM, Mohd Yusof Kasim dan Azlan Ahmad dalam buku Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum, 2002.

Orang Melayu meninggalkan Umno angkara terlalu mual dengan politik menjijikkan. Hari ini rasa mual tambah berganda lagi dengan kehadiran Dato’ Trio Umno.

Ramai penganalisis politik bersetuju, inilah kesiapan besar dibiarkan Najib.

Bagi mengelakkan fenomena 1999 berulang Umno dan BN perlu kepada rebranding (penjenamaan semula). Najib tidak mampu meletak kegagalan Mac 2008 hanya di bahu Paklah.

Kegagalan mempertahan kuasa majoriti memang diakui ramai angkara kesilapan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Najib mungkin merasakan masih selamat untuk dipalitkan tomahan tersebut.Namun pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu diadakan ketika setahun Putrajaya diketuai anak sulung Tun Razak Hussein.

Maka tidak hairanlah ramai berhujah teki teka nombor 11 masih mengikat Perdana Menteri kelima. Tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya. Ini memandangkan ketika itu Menteri Kewangan baru selesai membentang Bajet 2012.

‘Bajet gula-gula’ kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati dan jiwa rakyat.

Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinannya selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.Ketika itu masih ramai lagi pak haji berada di Tanah Suci.
Kelazimannya paling ramai tunai haji mereka yang cintakan Islam.

Manakala tengkujuh pula mengundang air bah. Kebiasaan Kelantan, Kedah dan Terengganu mudah dilimpah air sungai.

Apabila fenomena itu berlalu tentunya tidak ramai dapat keluar mengundi. Sama seperti pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor pada akhir Januari lalu. Peratusan keluar mengundi kecil kerana banjir.Sumber Umno mengakui pilihan nombor 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib.

Ada juga pihak mendakwa kerajaan BN kini bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan, antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu pasukan keselamatan. Jabatan terbabit diharap dapat mengekalkan kuasa BN. Ini dibuktikan projek khas dikatakan dilaksana JPN dan SPR di Selangor.

“Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Projek itu tidak mampu dihalang. Mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar,” katanya.

Kaedah serupa pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004.

Hasilnya peratusan keluar mengundi mencatat hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor.

Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Isu pembongkaran sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor dikatakan mendapat kerjasama rapat JPN dan SPR.

Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu meredakan keadaan.

Suhu kemarahan rakyat juga mulai muncul ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Ada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan lebih 100 peratus berbanding bil lama.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi.

“Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang bil baru melonjak RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa,” katanya.

Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam 17 Jun lalu katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang.

Hadir sama pada program itu, Yang Dipertua PAS Tumpat, Datoí Ahmad Yakob, Timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim.

Amarah rakyat dijangka bergan da tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan bakal dirasai.
Bagi mengelaknya, November depan adalah masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan bajet menghidangkan pelbagai menu.

Veteran PAS dari Cheras, Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Pak Ali berkata, Umno mengharap lonjakan luar biasa pada pilihan raya umum ke-13.

Di tengah-tengah kekalutan perdana menteri menghitung tarikh PRU-13, tiba-tiba Tuan Guru Datoí Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan bertanding lagi. Itu pun kalau diberi kesihatan yang mengizinkan oleh Allah SWT.

“Insya Allah saya akan bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang. Bagi saya ini kerja agama. Nabi Muhammad saw dilantik Allah Taala menjadi pendakwah dan dalam masa yang sama juga sebagai perdana menteri.

“Amalan sunnah sebelum ini kita hanya sebut memakai serban dan bersugi, sedangkan lebih besar lagi ialah perintah negeri secara Islam,” katanya.

Bagi Pak Ali, Najib jelas demam dalam kekalutan. Badan pemikir Umno, YTSM dan YSM mungkin bersetuju November jadi pilihan PRU-13. Namun igauan 1999 yang pernah menimpa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu ditolak Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan