Kedai 1Malaysia? harga barang apa cerita?

Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 23 JUN: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Yb Drs Khalil Idham Lim memuji langkah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melancarkan kedai 1Malaysia yang berhasrat merealisasikan slogan rakyat didahulukan tetapi beliau mempersolakan adakah kedai 1Malaysia yang sebenarnya rakyat perlu?


“Beliau patut lebih kritis dalam mencari idea dan resolusi penyelesaian masalah yang membelengu rakyat berikutan pemansuhan subsidi yang dilakukan dalam perkara asas dan kesannya, harga barag di seluruh Negara meningkat dengan mendadak,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga adun titi serong, PM patut fokus terhadap isu kenaikan harga dalam perkara-perkara keperluan asas rakyat, seperti tariff elektrik, petrol, dan gula.

“Tangani segera isu pemansuhan penerimaan subsidi super diesel yang melibatkan sembilan (9) ketegori kenderaan yang digunakan untuk tujuan pengangkutan barangan serta perkhidmatan yang telah berkuat kuasa 1 Jun 2011.

“Kenaikan demi kenaikan harga perkara keperluan asas ini amat berkait rapat dengan isu pemansuhan subsidi yang disifatkan sebagai mengejutkan ramai pihak,” kata Khalil yang juga Pengerusi Idham Care.

“Terutamanya kepada pembekal perkhidmatan pengangkutan logistik dan lain-lain sembilan (9) ketegori kenderanan yang menyediakan perkhidmatan logistik dan pengangkutan,” katanya.

Menurutnya, Antara 9 ketegori kenderaan pengangkutan yang dimaksudkan adalah seperti penggerak utama, kargo am, luton kotak, van, teksi limosin, lori rigid (minimum botol), lori tangki rigid (tepung) lori rigid (refrigerated) dan lori tangki air.

Isu ini sepatutnya jadi perkara utama kerajaan pusat, bukannya buat kedai 1malaysia yang cuma menjual barang yang berskala kecil.

“Beliau cuma laksanakan perkara yang layak kita kata melepaskan batuk di tangga sahaja dengan buat (kedai 1Malaysia),” ujarnya.

Malaysia Negara pengeluar minyak, tetapi tiada lebihan kuasa dalam ekonomi untuk manfaat rakyat seperti Negara-negara pengeluar minyak yang lain, lebihan kuasa ekomoni yang sepatutnya ada, sekarang kita tiada lebihan tersebut, mana perginya wang itu? Soalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan