Nik Nasri Nik Malek
Seorang lelaki tua berusia 80-an sedang membelek-belek rambutnya di hadapan cermin di dalam tandas. ‘Masih hitam lagi rupanya rambutku ini’ bisik hati kecilnya. Usia 80annya tidak menghalangnya untuk terus menulis di blognya. ‘Hati Hadi tak bersih’, ‘Saya tetap percaya Anwar liwat’, ‘Nik Aziz teruk’ bla, bla, bla.
Tulisannya masih tidak berubah dari dahulu. Otak karatnya disemburkan idea hitamnya melalui tulisan kelamnya. Dia menyangka peminatnya masih ramai. Dia menyangka pengikutnya masih setia. Dia menyangka dia masih berada di kerusi empuk tampuk kuasa. Dia menyangka ideanya akan ditelan oleh semua orang. Dia menyangka dan terus menyangka..
‘Di hujung usia aku masih boleh menulis buku’ bisiknya sendirian. ‘Hebat juga aku ni. Bukuku laris bak gorpis panas. Dijual di merata kedai buku besar.’ Senyumnya lebar. ‘Operasi lalang, isu Memali, isu kehakiman, liwat Timbalanku semua aku dedahkan. Aku betul. Aku benar. Aku tak bersalah.’ ulasnya sendirian di hadapan cermin itu.
Dahulu dialah yang menghina janggut Nabi, sunnah Nabi, hukum Allah. Islam dilekeh, perjuangan Islam dihina, pewaris Nabi dicaci. Dialah yang menghalang perlaksanaan hukum Allah di Terengganu dan memberi amaran kepada Kelantan. Dialah yang merampas royalti minyak dari Terengganu. Dialah yang menuduh Timbalannya sendiri dengan tuduhan berat dan tercela. Dialah yang menghentikan bantuan sekolah agama. Dialah yang menyebabkan institusi kehakiman rosak teruk. Dialah yang melemahkan kuasa rajanya sendiri. Dialah yang menghabiskan wang negara untuk projek mega tanpa manfaat besar buat rakyat teramai. Dialah yang mengkayakan anak dan kroninya mengatasi kepentingan rakyat. Dialah, dialah, dialah…
Orang tua ini masih di hadapan cermin di dalam tandas. Fikirannya masih terus melayang: ‘Kalau aku masih muda tentu aku masih berkuasa. Kalau aku berkuasa, tentu aku dapat mengaut harta negara. Kalau aku kaut harta negara, tentu aku kaya. Kalau aku kaya, tentu, tentu, tentu..’
Sudah hampir sejam ia berdiri di hadapan cermin di dalam tandas. Fikirannya terlalu banyak melayang. Rupa-rupanya perutnya masih belum membuang air besar. Dia tak dapat membuang air besar semenjak seminggu lepas. Hartanya (dan harta negara yang dikumpulnya) sudah begitu banyak dihabiskan mencari ubat dan bertemu ramai pakar. Namun najis lebih seminggu di dalam perutnya itu masih belum mahu keluar. Ada apa-apa ubat yang sesuai?
Tuan! Najis yang terhimpun seminggu tidaklah seteruk dan sebusuk najis dosa yang terhimpun selama 24 tahun pemerintahan tuan. Malaikat Maut belum datang lagi tuan?
Kemaman, Terengganu
Semoga Allah memanjangkan umur hamba Allah ini. Agar sebelum umurnya dicabut Malaikal Maut, dapatlah rakyat mengetahui segala dosanya. Agar rakyat akan dapat menghakiminya, seperti mana Hosni Mubarak dan Zine Al Abidine Ben Ali dijatuhkan hukuman.
BalasPadam