Paku ditabur, program solat hajat Bersih disabotaj


Sidiqin Omar
SHAH ALAM: Paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi,
Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahuKeadilanDaily, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai.
Lambakan paku yang ditemui Unit Amal PAS
Menganggapnya sebagai sabotaj, beliau berkata, mereka  menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal supaya gangguan tidak berlanjutan.
Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekrertariat Bersih, Arumugam.
Antara ribuan umat Islam yang menyertai solat hajat sempena Himpunan Bersih 2.0
Malaysiakini pula melaporkan, cubaan merampas baju Bersih oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah itu.
Pada kejadian di pintu masuk Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju Bersih yang dijual.
Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.
“Jangan bagi mereka masuk,” kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.
Kelihatan dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.
Keadaan hampir 10 minit itu mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan