Pemuda MCA sudah mula naik angin dengan rakan UMNO, PERKASA

wfauzdin_ns
SATU lagi tamparan buat Umno apabila Pemuda MCA Indera Mahkota hari ini membantah sikap Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang melampau dan ekstrim terhadap kaum Cina di dalam isu Perhimpunan Bersih 09 Jul nanti. Hari ini, Sinar melaporkan Pemuda MCA bahagian Indera Mahkota, Kuantan mahu agar KDN bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali.

PERKASA, diakui atau tidak sememangnya adalah ejen Umno di dalam senyap dan buktinya pemimpin PERKASA bebas berbuat apa sahaja. Sebelum ini Ibrahim Ali menimbulkan isu `Perang Salib' kununnya ada pihak yang mahu agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi di negara ini. Akhirnya isu tersebut dibawa angin lalu, tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa sama Ibrahim Ali, Blogger yang menyiarkan cerita karut tersebut termasuk akhbar Utusan yang menghangatkan lagi cerita tepi longkang berkenaan.

Setelah tidak laku dengan mainan `Perang Sabil' Ibrahim Ali mahu menjadi hero katak di dalam isu Perhimpunan Bersih. Kaum Cina terus menjadi sasaran persatuan yang murahan ini. Ibrahim Ali terus selamat walaupun mengeluarkan amaran `kaum Cina perlu simpan stok makanan' di rumah. Mengapa Ibrahim Ali selamat? Tahu-tahu sudah lah sepertimana kita tahu mengapa Datuk Eskay masih tidak ditangkap atau didakwa walaupun mengaku menayang video lucah.

Justeru itu, harapan kita amat cerah ke Putrajaya dengan bantuan tanpa disangka oleh PERKASA ini. Malahan kita terus berharap agar Ibrahim Ali sihat dan tidak dimasukkan ke wad lagi bagi membolehkan `katak' ini terus berbunyi walaupun semakin sumbang. 

wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan