Polis sita tapak ceramah BERSIH

pkr weeklly pc 090807 amirudin shari
Tapak ceramah Pakatan Rakyat di Gombak pagi ini disita oleh pihak polis yang dipercayai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk membantutkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata anggota polis itu tiba dengan dua kereta pada jam 10.30 pagi dan mereka dengan segera mengepung kawasan itu dengan pita kuning di dewan Kampung Wira Damai dan sebuah padang berhampiran.

"Mereka beritahu kami tidak dibenar menggunakan tapak ini untuk cermah malam nanti.

"Kami telah memohon permit (ceramah) di bawah nama BERSIH dua atau tiga minggu lalu sebelum pihak berkuasa memutuskan bahawa perkataan 'BERSIH' tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Amirudin pihak polis juga tidak memberikan alasan yang jelas berhubung mengapa tapak ceramah Pakatan itu disita tetapi percaya ia ada kaitan dengan penggunaan perkatan 'BERSIH'.

NONEPersatuan penduduk kampung itu telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan ketua balai polis Gombak menerusi peguam mereka Zulkarnain Lukman dan Zulhazmi Shariff, bagi mendapatkan penjelasan.

Zulkarnain berkata pihak polis enggan berbincang meskipun mereka telah menunggu selama sejam. Tindakan itu memaksa mereka membuat laporan polis terhadap pegawai polis berkenaan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan