'Sejak bila pula kemeja-T dianggap cetus perang?'

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim hari ini berkata penangkapan dan tahanan reman ke atas 34 petugas parti itu, termasuk ahli parlimen Dr D Jeyakumar, menunjukkan BN gentar dan mahu terus berkuasa.

Beliau bertanya bagaimana pula kemeja-T, yang dijual secara meluas di Pasar Seni dan di tempat lain, boleh dianggap sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong, sedangkan mereka tidak bersenjata.

"Kami telah menyertai pilihan raya yang diadakan secara demokratik sejak 1999 dan tidak ada sebarang niat untuk mengguling atau memerangi Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan ke atas petugas parti itu di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan pihak berkuasa dan BN gentar dengan membuat dakwaan palsu mengaitkan parti itu dengan komunis.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan