Setelah Dilantik Sebagai Pemimpin, Ingatlah Neraka Lebih Dekat Kepada Kamu

ramziredang
Setelah dilantik menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz pulang dan menangis teresak di hadapan isterinya. "Apa yang engkau tangiskan?"tanya isterinya."Wahai isteriku, aku diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang miskin, janda yang ramai anak sedangkan rezekinya sedikit, aku teringat para tawanan, para fuqara' kaum muslimin.

Mereka semua akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang tidak dapat menjawab hujah hujah mereka kerana sebagai khalifah, aku tahu pembela mereka adalah Rasullullah saw. Mendengar kata kata tersebut isterinya turut menangis teresak esak.

Firman Allah dalam surah Al ahzab ayat 72: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, maka semuanya enggan memikul amanah itu kerana mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi bodoh.

Abu Hurairah berkata:Rasullullah saw bersabda, kamu akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan, padahal kekuasaan itu menjadikan kamu menyesal di hari qiamat, manis di awal pahit kemudiannya( hadis riwayat bukhari)

Muaz berkata rasullullah mengutusku pergi ke Yaman. Ketika berangkat kemudian Rasullullah memerintahkan orang memanggil ku kembali.Kemudian Baginda bersabda: tahukah kenapa aku memanggil kamu kembali? 

Iaitu agar engkau tidak terjerumus ke dalam sesuatu yang tidak aku perbolehkan, yakni sifat dengki kerana barangsiapa yang bersifat dengki, maka kedengkiannya itu akan datang kepadanya pada hari qiamat. Dengan maksud itulah aku memanggil mu..ingat itu. Sekarang kembalilah kamu ke wilayah kekuasaan kamu.

Suatu ketika semasa Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, beliau pulang dalam keadaan kepenatan dan berehat di atas katil. Seketika masuk anaknya Abdul Malik yang berumur 15 tahun. Lalu Abdul Malik bertanya: Wahai ayahanda ku, apa yang sedang ayahanda sedang perbuat?

Umar Ibnu Aziz menjawab: Wahai anakku, ayahmu ini sangat letih kerana menguruskan jenazah dan ayahmu ini tidak pernah merasa keadaan tubuh yang terlalu penat dengan jawatan yang dipegang ini.

"Lalu apakah yang ayahanda akan perbuat?"

"ayahanda akan tidur sekejab sebelum masuk waktu zohor kemudian ayahanda akan keluar bersembahyang dengan orang ramai".

Maka jawab anaknya. "Wahai amirul mukminin , siapakah yang menjamin Amirul mukminin akan hidup sehingga waktu zohor? Sedangkan waktu ini adalah waktu Amirul Mukminin keluar menunaikan hak hak orang yang telah dizalimi?

Umar Ibnu Aziz tersentak dan terbangun mendengar kata kata anaknya. Lalu dipanggil anaknya mendekatinya. Setelah anaknya menghampirinya lalu dipeluk anaknya dan dicium kedua mata anaknya dengan cucuran airmata.

Didakap kemas anaknya dengan jiwa yang hiba dan airmata bercucuran tanpa henti lalu berkata,:Alhamdullah, syukur ke hadrat mu ya Allah,kerana telah dikeluarkan dariku orang yang akan menolong dan mengingatiku di atas agamaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan