Tak ada kecewa dalam PAS

NONE
Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menafikan beliau kecewa dengan tumbangnya dua calon ulama dalam pemilihan timbalan presiden PAS hari ini.

"Saya tak pernah kecewa. Itu pandangan saya. Kalau majoriti kata perlu gandingan (ulama dan profesional) itu, itu percubaan yang cukup baik," katanya kepada pemberita.

Haron antara yang paling ke depan dan terbuka meminta anggota PAS memilih golongan ulama untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti itu.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad pula menolak dakwaan bahawa kumpulan pro-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menguasai parti itu.

"Tak betul, itu telahan media saja.... Media juga yang kata pertandingan kali ini sengit. Bagi saya tak ada apa-apa pun," katanya.

Idris kalah dalam pertandingan enam perjuru untuk kerusi naib presiden. Bagaimanapun beliau menerima kekalahan itu dengan lapang dada.

"Saya banyak tugas lain lagi dalam PAS ini. Kita cuma mahu pahala saja," katanya lagi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan