Takziah Pada Yang Menang Dan Tahniah Pada Yang Kalah.

mazwandi
Kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayob, YB Husam Musa dan YB Mahfuz Omar, diucapkan juga takziah kerana terpaksa menanggung tanggungjawab yang besar ini. Segala amanah ini akan ditanggung oleh kesemua 5 hamba Allah ini untuk di dunia, di alam barzakh, dan di Padang Masyar kelak. Segala saat kehidupan 5 hamba Allah ini akan dihisab dengan berat kerana ianya adalah amanah yang berat, iaitu amanah memperjuangkan Islam dimuka bumi Allah ini.

Takziah kepada semua yang menang bertanding jawatan pada Muktamar  tadi. Takziah hamba ucapkan kepada Tok Guru Abdul Hadi Awang kerana masih kekal sebagai Presiden PAS untuk sesi ini. Takziah juga hamba ucapkan kepada Saudara Mohamad Sabu kerana telah berjaya memenangi untuk menanggung amanah berat dari Allah SWT memimpin sebagai Timbalan Presiden PAS.


Tidak lupa juga hamba ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasarudin kerana telah terlepas dari menanggung amanah yang amat berat ini atas kekalahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada ustaz sekelian. Percayalah, ustaz semua akan berasa tersangat bersyukur nanti di akhirat sana kerana hisab untuk menanggung amanah ini telah diberikan kepada orang lain.

Hamba secara peribadi juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Idris Ahmad, kerana beliau telah tidak berjaya untuk menanggung galas amanah berat yang melampau sebagai Naib Presiden PAS. Sebagai biras beliau, hamba sebenarnya berasa sungguh bersyukur dan sedikit gembira kerana Allah SWT telah melepaskan satu beban amanah kepada beliau untuk ditanggung di Padang Masyar nanti.

Diharap, dengan kekuatan baru sekarang ini, jangan ada lagi suara puaka yang mengadu domba semangat ukhuwah jemaah Islam dengan kata-kata assobiyah didalam jemaah. Diharap kerja kita adalah kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa kitalah yang buat kerja, kita lah yang terbaik, kitalah yang memenangkan PAS. Bukan, yang memenangka dan mengalahkan kita adalah Allah SWT. Kita hanya sebagai hambaNya yang menjalankan Amanah dan tugas yang diberikan oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan