Timbalan speaker: Tiada salah MP berpakaian kuning

parliament house leak leakage 050508 wan junaidiTimbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar, hari ini memutuskan tidak ada salah bagi ahli parlimen pembangkang untuk berpakian kuning ke parlimen.
"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain,” katanya.

Atas hujah itu, Wan Junaidi berkata tidak ada sekatan berpakaian akan dikenakan kepada ahli parlimen asalkan mereka tidak melanggar kod pakaian mengikut peraturan tetap dewan.

Beliau mengulas perkara itu yang dibawa oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (
bawah) (BN-Pasir Salak) yang bangkit pada perbahasan rang undang-undang gaji minumum dan meminta penjelasan.

"Saya lihat semua MP pembangkang berpakaian kuning hari ini. Adakah mereka menyokong perhimpunan haram?” soalnya.
NONEBeberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka.

Bertindak bagi mengelakkan keadaan yang btidak terkawal, timbalan speaker menolak perkara itu dan berkata dewan adalah bebas daripada peraturan luar.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haramtetapi juga melarang penggunaan kemenja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan