Agenda Bersih : Rakyat Di Kampung Tak Akan Ditipu Lagi


SHAH ALA,M 20 JULAI: Timbalan Presiden PAS yang dilanggar kenderaan polis sebelum menyertai Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu menyokong sepenuhnya agenda pembaharuan dalam sistem pilihan raya diperhebatkan di kawasan-kawasan luar bandar.


Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat itu tepat memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran media milikan Umno-Barisan Nasional untuk disogokkan dengan berita palsu.


“Memang kita akan teruskan penerangan di kampung sebab orang Melayu di kampung  yang mereka lihat hanyalah TV dan surat khabar Umno,"kata beliau kepada Tv Selangor.


Pemimpin Pakatan Rakyat semalam berikrar untuk meneruskan momentum perhimpunan Bersih 2.0 dan bersetuju agenda itu perlu di bawa ke kawasan luar bandar juga.


Penolohg Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching yang dipetik portal Malaysiakini memberitahu, perkara itu menjadi agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu semalam.


"Kami sedar impak Bersih hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai Bersih,” kata beliau.


Diminta mengulas perkembangan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menayangkan video untuk menyanggah dakwaan polis melakukan keganasan terhadap rakyat ketika himpunan itu kepada media dan melalui RTM minggu ini, Mat Sabu menyifatkan ia satu pembohongan besar kerajaan dan PDRM kepada rakyat.


“Kenapa lambat sangat? Itu mesti direka. Video yang keluar internet semua, keluar 10 minit, 15 minit selepas kejadian. Orang tak percayalah pada polis semua.


“Boleh kita tengok, lakonan macam video Memali lah. Dia guna RTM, dia guna alat kerajaanlah. Semua pembohongan itu, sebelum ditayangkan saya (boleh) katakan ia bohong,"kata beliu lagi.


Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihan rayayang  adil dan bersih dilaksanakan di negara ini pada awal bulan lalu mendapat tentangan hebat polis dan
kerajaan.


Malah lensa-lensa kamera menjadi saksi bagaimana Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan gas pemedih mata secara langsung kepada peserta demontarasi dan ramai yang dikasari.


Dunia pada hari itu melihat 1,667 rakyat ditahan kerana berhimpun secara aman, puluhan mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dari asakan polis.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan