Ambiga Tidak Dengar Pun Pekikan Ibrahim

Mohd Sayuti Omar
SAYA bersetuju benar dengan bedalan sektariat Suaram Fadiah Nadwa Fikri yang menyihttp://www.rontogdaily.com/wp/wp-content/uploads/2011/07/ibrahim_ali.jpgfatkan Inchik Ibrahim Ali sebagai orang yang ketinggalan zaman ekoran ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas itu mahukan kerakyatan Ambiga dilucutkan. Katanya saranan Ibrahim itu sebagai mengarut.

Alasan Inchik Ibrahim kerana Ambiga melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Mungkin orang akan terkising-kising sendiri apabila mendengar kata-kata Inchik Ibrhaim itu, bila masa Ambiga menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Inchik Ibrahim membuat kesimpulan apabila Ambiga terus mengajak rakyat berhimpun di perkarangan stadium Merdeka itu sebagai menderhaka. Sebenarnya Incik Ibrahim perlu menilik mukanya sendiri sebelum dia menyerang dan memberi saranan supaya kerakyataan Ambiga dilucutkan. Cari tempurung bulu kencing dan tilik muka sendiri.

Apakah dia sengaja membengongkan diri dengan apa yang berlaku. Bukankah Ambiga telah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan himpunan itu setelah Agong mengeluarkan titah melarang himpunan itu. Hasil dari menghadap Agong itu Ambiga dan Bersih mendapat 'perkenan' dari Agong.

Inchik Ibrahim tidak boleh melompat masuk ke dalam istana negara kerana itu beliau tidak tahu apakah butir-butir perbualan di antara Ambiga, A Samad Said dan Zaid Kamaruddin pada hari itu. Inchik Ibrahim berada jauh entah di mana saat pertemuan itu diadakan.

Jadi kalau Inchik Ibrahim hanya berada diluar sahaja usahlah mentafsirkan apa yang berlaku di dalam istana. Katanya beliau cuba juga memohon untuk menghadap tetapi tidak mendapat perkenankan, bukan saja Agong tetapi penjaga pintu istana siang-siang lagi sudah menghalangnya.

Oleh kerana itu kalau kita tidak tahu butir bicara janganlah berlagak menjadi serba tahu. Dunia hari ini bukan dunia tanpa pintu seperti dulu lagi, tetapi dunia hari ini sudah tidak berpintu. Begitu juga kalau kita penakut dan pengecut usahlah berlagak jadi berani dan jaguh. Kenapa Inchik Ibrahim tidak kelihatan bersiar-siar di mana-mana lokasi semasa himpunan Bersih Sabtu lalu seperti mana yang diura-urakan?

Seperkara lagi Incik Ibrahim selalu memberi contoh tentang apa yang berlaku di Thailand. Katanya kalaulah apa yang dilakukan oleh Ambiga itu berlaku di Thailand sudah lama Ambiga kena halau dari luar negeri dan dilucutkan kerakytan.

Saya masih teringat ayat itulah yang Ibrahim katakan kepada saya sewaktu saya menulis buku mengkritik Sultan Kelantan tahun 1996. Katanya, "mu ni kalau di alik Siam lama dah kena pacung atau dibuh dalam guni campak ke laut."

Dalam buku itu saya kritik Sultan Ismail Petra pada masa itu kerana baginda campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Gara-gara buku itu saya disiasat polis di bawah Akta Hasutan. Tetapi Alhamdulilah saya bukan saja dibungkus dalam guni tetapi setelah disiasat tidak ada pun pendakwaan.

Nasib baik Sultan Kelantan tidak dengar idea Inchik Ibrahim itu, kalau tidak saya dipancung oleh banginda. Bagi Ibrahim ayat atau penggunaan frasa itu kepada Ambiga adalah mainan mulut gatalnya. Dia tidak pun tahu undang-udang dan adat istiadat raja, tetapi suka dan mudah mengatakan orang lain menderhaka dan melanggar titah sultan.

Hakikat yang berlaku dalam konteks Kelantan bukan saja dihukum raja, tetapi darjah kebesaran beliau yang membawa gelaran Datuk ditarik balik. Jadi siapa sebenarnya yang menderhaka, yang menjadi penyucuk dan batu api di dalam negara ini. Saya, Ambiga atau Inchik Ibrahim Ali?

Kepada Ambiga usahlah peduli dengan apa yang dilontorkan oleh Ibrahim Ali. Hari ini semua lapisan rakyat negara ini yang cintakan keadilan dan kebersihan menyokong tindakan anda bersama rakan-rakan dalam Bersih. Sabtu lalu tebukti apabila lebih 50,000 yang datang segenap jerung negeri berhimpun dan berarak secara aman.

Puak Inchik Ibrahim yang diwar-warkan mempunyai ratusan ribu hanya berhimpun 32 orang sahaja nun jauh di pinggir Kuala Lumpur di sebuah gerai di Titiwangsa. Kononya 50 buah yang membawa ahli pertubuhan disekat polis itu adalah wayang kulit tanpa belulang saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan