"Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"

 Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0.  Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri sela
ma dua hari, sekarang barulah ada mooduntuk mencatatkan perasaan saya.  Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru.  Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)".  Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan.  Ini negara saya juga." (Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut  keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja.  Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

2. Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun.  Tinggi, kurus dan kelihatan lemah.  Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang).  Apa takut?  Bukan suruh kita pergi mati pun?  Jangan takut, kita bukan orang besar.  Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!" (Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan.  Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)
3. Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, "Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan." (EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

4. Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga.  Hati saya berfikir, "Berkelah ke?"  Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya.  Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi."  (Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

5. Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar.  Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?" (Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)  
6. Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya.  Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit.  Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air.  Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ.  (Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya.  Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo?  Apa kena-mengena dengan kita?  Memang tak ada otak langsung.  Bawa bayi pulak?  Mengapa tidak kamu marahnya?"  Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")

7. Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai.  Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media." (Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah.  Saya bukannya pro (profesional) sangat...)
 
8. Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya.  Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari.  Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini.  Tunggu kami di Stadium Merdeka.  Kami akan berjumpa kamu di sana.  Hubungi kawan yang lain.  Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang.  Saya percaya polis akan lebihkan serangannya.  Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?"  Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya."  Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka.  Polis mengejar dan menangkap.  Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi.  Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir: 


Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu.  Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,
"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'.  Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat terkagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak.  Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya.  Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebookrata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini.  Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.
Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini?  Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia.  Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil.  Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh.  Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini!  Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali!
-detikdaily-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan