Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali!

Milo Suam

SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan.

Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baru iaitu,480613105880 dan 480513105568.

Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor.

-tko-

1 ulasan: