Kehipokritan Umno Terselah Dalam isu titah DYMM Tuanku Mirzan

periapahit 
Malam ini, TV 3 suku sekali lagi memainkan berkaitan isu Perhimpunan BERSIH. Seperti biasa puak TV 3 suku akan mengambil bahagian yang memberi keuntungan kepada pihak kerajaan sahaja dari titah DYMM Tuanku Mirzan. Titah DYMM Tuanku Mirzan yang menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah secara adil dan bijaksana kepada rakyat tidak ditekankan oleh TV 3 suku. Dengan muka selamba, IZWAN AZIR dan PANG CHIN PEI mengupas berita tersebut dengan penuh intonasi yang memualkan tekak.

Kemudian keluarlah puak-puak hipokrit membuat ulasan dimulai dengan PATRIOT yang kononnya mendukung kedaulatan raja-raja.

TPM “Mat Sembab” pula berkata bahawa mana-mana pihak yang tidak akur dengan titah baginda adalah menderhaka kepada baginda dan sesungguhnya kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN yang menderhaka kepada baginda kerana tidak berlaku secara adil dan bijaksana kepada rakyat seperti titah baginda.

Selepas itu, Dekan dari UKM pula bercakap hal ekonomi dan membuat perbandingan dengan Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Demostrasi jalanan yang dilakukan di Indonesia dan Thailand menyebabkan Negara itu sukar untuk bangun dan menghadapi kerugian US3.5 billion. Tetapi pokok persoalannya, adakah Perhimpunan Bersih pada 9hb. Nanti merupakan demostrasi jalanan? Apakah jika perhimpunan selama 3 jam itu jika dapat dikawal selia oleh pasukan keselamatan boleh menyebabkan kerugian kepada Negara? Apakah tanpa demostrasi jalanan, Negara kita tiada kerugian berbilion-bilion ringgit? Apakah nilai Thai Bhat sekarang jauh lebih rendah dari Ringgit Malaysia hasil dari demostrasi jalanan? Adakah pengusaha-pengusaha minyak di Indonesia berebut-rebut menaikkan harga minyak atau menurunkan harga minyak dikala Negara Malaysia berebut-rebut menaikkan harga minyak dan barangan lain?

Hasil dari demostrasi  jalananlah maka kerajaan Indonesia dan Thailand berlumba-lumba untuk memberi manfaat kepada rakyat. Hasil dari demostrasi jalananlah, Suruhanjaya Pilihanraya Thailand dan Indonesia  lebih berani bertindak adil kepada semua parti.

Tetapi Perhimpunan Bersih bukanlah demostrasi jalanan. Seperti juga perhimpunan-perhimpunan lain, jika dikawal selia dengan baik berserta kerjasama dari pihak berkuasa, ianya akan berlangsung secara aman. Ini akan lebih memberi kebaikkan kepada semua pihak. Himpunan Bersih yang pada mulanya menyasar 300,000 penyertaan mungkin akan hanya mencapai angka 100,000 sahaja jika diizinkan oleh kerajaan. Tetapi dengan provokasi oleh pihak berkuasa dan kerajaan, mungkin lebih satu juta orang akan menghadirinya.

Sebenarnya permasaalahan Bersih ini hanyalah permasaalahan kecil sahaja. Tetapi ketakutan untuk melihat rakyat berkumpul dan kefahaman rakyat tentang agenda Bersih ini yang ditakutkan oleh pemerintah. Kalau pihak pemerintah beranggapan bahawa selama ini mereka benar, kenapa tidak mempelawa pihak BERSIH untuk berdebat secara langsung di TV. Mengapa pihak media tidak menyiarkan tuntutan Bersih kepada orang ramai? Biarkan Datuk Ambiga berdebat dengan pihak pemerintah dan SPR secara terbuka? Berikan peluang kepada Datuk Ambiga untuk menerangkan fungsi BERSIH. Pihak kerajaan mempunyai ramai orang yang sentiasa memberi ulasan dalam berita perdana. Pihak kerajaan juga mempunyai Pengerusi dan timbalan Pengerusi SPR yang sering memberi ulasan dalam berita perdana. Kalau Najib tidak mempunyai keberanian untuk berdebat dengan Datuk Ambiga, sila serahkan kepada mereka-mereka yang sering membuat ulasan dalam berita perdana seperti Najib memberi laluan kepada Shabery Chik untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Biar rakyat tahu ketelusan SPR dan biar rakyat faham kehendak BERSIH.

Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengHARAMkan Perhimpunan Bersih ini maka pihak kerajaan mewar-warkan bahawa fatwa tersebut perlu dipatuhi. Bila Majlis Fatwa Kebangsaan mengHARAMkan JOM HEBOH kenapa fatwa tersebut tidak mahu dipatuhi oleh pihak kerajaan.

Apapun, apabila Titah DYMM Tuanku Mirzan dibuat secara indirect, maka senanglah dimanupulsi oleh pihak kerajaan. Jadi sebagai rakyat Malaysia, saya memohon agar DYMM Tuanku Mirzan dapat memberikan TITAH baru samaada Baginda sudi menerima memorandum dari pihak BERSIH atau tidak? Jika tidak katakan tidak dan kalau ya katakana ya. Kami golongan penyokong BERSIH sentiasa mendokong perlembagaan Negara dan taat kepada RAJA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan