Kewibawaan Pasukan Polis

Mohamad Sabu
Sesebuah negara perlu mempunyai pasukan polis yang kuat. Polis memikul tanggungjawab yang amat tinggi, memastikan keamanan sesebuah negara dan masyhttp://cdn.yanmieonline.com/wp-content/uploads/2011/07/sekatan-polis-bersih-2.0.gifarakat, melindungi rakyat dan memerangi penjenayah.

Sudah tentu polis terutama pegawai di peringkat tinggi mengikuti kursus undang-undang dan perundangan untuk menjalankan tugas pemeliharaan kedaulatan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pasukan polis di antara tugas mereka menjunjung dan mempertahankan perlembagaan.

Kita mahu pasukan polis adalah satu pasukan yang cekap, kuat dan beramanah. Mereka perlu dilatih samada mencapai kecekapan mental dan fizikal yang maksima. Sudah tentu latihan-latihan untuk membina fizikal yang tampan, kuat, gagah dan berhemah perlu ada kepada setiap anggota polis. Sebagai rakyat kita amat berbangga melihat polis yang segak, tampan dan berdisiplin. Rakyat akan lebih berbangga dan melihat polis sebagai rakan pelindung kepada keselamatan dan keamanan mereka, sebaliknya penjenayah pula melihat anggota polis yang menakutkan mereka. Oleh itu anggota polis dan pasukannya mesti hebat, kuat, berhemah, bergaya dan berprestasi.

Apa yang berlaku di Malaysia, pasukan polis yang kuat disalahgunakan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk melawan rakyat yang bertangan kosong di samping kerja-kerja memerangi penjenayah. Himpunan BERSIH 2.0 dapat dilihat kekuatan fizikal pasukan polis digunakan untuk melawan rakyat yang tidak bersenjata.

Rakyat yang tidak suka kepada Barisan Nasional dianggap sebagai musuh negara. Mereka (pasukan polis) didoktrin untuk memerangi rakyat (pembayar cukai) yang tidak suka atau sealiran dengan parti pemerintah. Pasukan polis boleh menafikan ini, tetapi sebahagian rakyat melihat keadaan pasukan polis digunakan untuk memerangi mereka yang tidak sealiran dengan parti-parti Barisan Nasional.

Tugas menjaga keselamatan rakyat sudah mula bertukar kepada menjaga keselamatan parti pemerintah. Inilah yang berlaku kepada pasukan polis dalam dunia ketiga sebelum demokrasi sebenar dapat dikecap. Thailand, Indonesia, Filipina sudah mula melepasi “period” pasukan keselamatan menjaga parti pemerintah. Hanyalah tingggal Malaysia dan Burma di rantau ini yang masih menggunakan pasukan polis untuk melindungi parti pemerintah.

Saya yakin pasukan polis bersedia untuk merubah keadaan ini, supaya mereka dapat dilihat menjadi pelindung kepada perlembagaan dan rakyat jelata, daripada melindungi parti pemerintah. Saya yakin pasukan polis Malaysia juga berwibawa dan berintergriti untuk melakukan perubahan ini. Apabila saya berada di lokap Balai Polis Jinjang, saya amat berasa amat malu di mana bebrapa orang-orang tua yang berumur 60 hingga 70 tahun dibawa ke lokap semata-mata orang-orang tua ini disyaki menyertai Himpunan BERSIH 2.0. Apakah pasukan polis yang gagah perkasa ini, tugas mereka untuk memerangi orang-orang tua seperti itu? Kekuatan pasukan keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi rakyat, menentang penjenayah? Sebaliknya digunakan untuk melawan rakyat.

Sayang, arahan ALLAH… “ hendaklah kamu menyediakan segala bentuk kekuatan, termasuk kuda kuat yang ditambat, untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu” , perintah ALLAH itu dilihat dilaksanakan di negara-negara barat, di mana bila berlaku himpunan aman seperti di England, Perancis, Belanda, Itali, German, Switzland, Autralia dan lain-lain lagi, pasukan polis melindungi himpunan dan perarakan rakyat sebaliknya mereka menyediakan kekuatan untuk membantu Israel menyerang Iraq, menyerang Afganistan dan menyerang Vietnam. Apa yang berlaku di negara orang Islam, pasukan keselamatan memerangi rakyat dan rakyat yang tidak sealiran dengan pemerintah dianggap musuh oleh pasukan keselamatan.

Rakyat menjadi gerun kepada pasukan keselamatan khususnya polis, sebaliknya musuh ALLAH dan musuh negara pula tidak gerun kepada pasukan keselamatan kita.

Sampai bila keadaan ini akan berubah, dan rakyat menunggu perubahan ini…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan