MAT SABU Bidas NAJIB

Selatanonline
Tawan Putrajaya dengan pilihanraya yang adil

Mohamad Sabu menegaskan PAS hanya menyokong Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Datuk Seri Najib Razak mahu “memperbodohkan” rakyat dengan mengaitkan parti Islam itu bekerjasama dengan penganjur semata-mata untuk menawan Putrajaya

“Saya timbalan presiden PAS, saya tidak berada dalam jawatankuasa Bersih... PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih, jadi tidak timbul soal kita mahu menawan Putrajaya bersama Bersih.

“Dulu pada himpunan Bersih kali pertama ia dipengerusikan Syed Shahir Syed Mohamud, kita sokong tuntutan Bersih bukan ketuanya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, Najib cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh PAS mahu menawan Putrajaya dengan apa jua cara termasuk melalui demonstrasi.

"Memang kita (Pakatan Rakyat) mahu menawan Putrajaya dan ia memang cita-cita parti politik.

“Tapi kita mahu tawan Putrajaya melalui sistem pilihan raya yang bersih dan adil. Ini yang kita mahukan dan kita tidak mahu menang melalui pilihan raya yang kotor,” katanya.

Justeru tambah Mohamad, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan palsu yang dilemparkan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu.

“Itu hanya rekaan untuk kelirukan orang ramai, dia (Najib) sekadar nak perbodohkan rakyat... kita sokong tuntutan Bersih dan kalau selepas ini ada perhimpunan lain dan tuntutannya kita tidak setuju, kita tidak akan sokong Bersih.

“Sebab itu, saya kata PAS dan Bersih tidak ada apa-apa hubungan. Bersih adalah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan kita sokong tuntutan mereka. Sudah-sudahlah kalau nak buat tuduhan yang bukan-bukan,” katanya./malaysianinsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan