Mat Sabu selamat jalani pembedahan

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini.
NONE"Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Sekarang dia dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 5 petang tadi," katanya.

Setakat ini Mohamad belum menerima pelawat, tambahnya.

Menurut Normah juga, Mohamad akan bermalam di hospital itu selama tiga hari sebelum dibenarkan mendaftar keluar.

Sebagai isteri, Normah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan polis yang didakwa mencederakan Mohamad.

"Saya tidak boleh menerima kejadian macam ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas orang yang berbuat zalim," katanya lagi.

-malaysiakini-

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah ... :)

    kerengga: saya nak tukar link blog .. blog kerengga dah sy masukkan dlm bloglist saya :) terima kasih

    http://bulanpurnama89.blogspot.com/

    BalasPadam