Mengapa susah sangat hendak sahkan kematian Allahyarham Baharuddin

Sofi WahabMengapa sehingga sekarang pihak berkuasa masih belum mengumumkan laporan rasmi Post Mortem kematian Pejuang Bersih Allahyarham Baharuddin Ahmad. Walaupun sudah 9 hari peristiwa itu berlaku keluarga Allahyarham masih belum berpuashati dengan sebab sebenar pemergian Allahyarham ke alam baqa'.

Mengapa begitu susah pihak berkuasa yang dikatakan cekap, telus, amanah, cepat dan hebat menjalankan kerja, hendak mengeluarkan kenyataan rasmi atau menyerahkan laporan kepada keluarga Allahyarham sehingga memaksa keluarganya membuat laporan Polis. 

Hari ini Malaysiainsider melaporkan bahawa  keluarga Allahyarham memberi tujuh hari kepada kerajaan pusat untu mengadakan prosiding khas menyiasat punca kematian ahli PAS itu.
Menurut balunya Rosni Melan, 55, tempoh tujuh hari itu berkuat kuasa sejak semalam.
Selain itu, Rosni yang juga Ketua Wanita PKR Setiawangsa memberitahu beliau juga berharap agar peserta yang menyaksikan insiden yang menimpa suaminya itu agar tampil memberikan maklumat.
“Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami untuk mencari kebenaran dan keadilan.
“Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat,” katanya pada sidang media di sini.
Jelas Rosni, peguam keluarga juga akan mengambil tindakan susulan sekiranya Putrajaya enggan berbuat demikian.
“Peguam kami sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini,” katanya.
Ditanya mengenai langkah polis yang mahu mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian suaminya, Rosni bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
“Tiada komen,” jawabnya ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan