MP Kapar ditahan miliki baju-T BERSIH

NONEDalam satu lagi tindakan polis terhadap BERSIH, ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan setiausahanya, Jayachandran ditahan ketika menemui peniaga di pasar borong Meru, dekat Klang.


"Saya dan Jayachandran ditahan polis dan saya kini berada di balai polis Sungai Kapar.

"Kereta saya juga ditahan kerana terdapat sembilan baju-T BERSIH di
dalamnya," kata Manikavasagam (kanan) dalam Twitter sejurus selepas jam 2 petang.

Akhbar PKR - Keadilan Daily - melaporkan beliau berkata polis telah menahannya di pasar itu ketika beliau meninjau kawasan tersebut dan bertemu dengan para peniaga.

Beliau juga menafikan mengedarkan risalah atau baju-T BERSIH.

Katanya, baju-T BERSIH itu hanya berada di dalam keretanya dan beliau ke sana untuk menemui persatuan peniaga kecil Melayu apabila sekumpulan anggota menahannya.

"Kereta saya dipandu setiausaha saya. Beliau juga ditahan. Polis sedang mengambil kenyataan kami," katanya kepada Keadilan Daily.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan