Pakai t-shirt Bersih sebagai baju tidur pun kena tangkap

KUALA LUMPUR:  Hanya di Malaysia sahaja kejadian pelik tapi benar ini boleh berlahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/06/Home-Minister-Declares-Bersih-T-Shirt-Illegal.jpgku. Empat anak muda yang bercuti di Cameron Highlands telah ditangkap polis kerana memakai t-shirt Bersih sebagai baju tidur di dalam sebuah hotel.

Teh Hoong Keat, Lan Suet Ling and Chin Kah Wai – ketiga-tiganya pembantu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok – dan seorang rakan mereka telah berkunjung ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.

Pada tengah malam, seorang kakitangan hotel datang ke bilik salah seorang mereka untuk meminta mereka tukar bilik kerana dikatakan “bising” dan mengganggu satu keluarga yang di bilik sebelah.

Mereka terima nasihat itu dengan baik dan bertukar bilik. Tidak sampai 10 minit kemudian, pintu bilik yang baru itu pula diketuk dan apabila pintu dibuka, tercegat 13 orang yang terus menyerbu masuk ke dalam bilik mereka.

Menurut Teh, apabila ditanya, seorang daripada mereka menunjukkan kad kuasa atas nama “Ketua Inspektor Basar Safar” dan memberitahu bahawa pihak hotel telah memanggil polis kerana nampak ada orang memakai t-shirt Bersih.

“Kami dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cameron Highlands atas alasan isu keselamatan awam dan kami kena tunggu selama tiga jam,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Kemudian ketua inspektor yang sama datang kembali dan memberita bahawa mereka dibenarkan pulang tanpa perlu memberi sebarang keterangan atau menandatangani apa-apa borang atau surat.

Apabila t-shirt Bersih mereka dipulangkan, pegawai polis itu berkata, “‘you pakailah ikut suka hati you.”

Keempat-empat mereka terpaksa menahan kesejukan angin bukit di pagi-pagi buta dengan hanya memakai t-shirt dan seluar pendek. 
–Roketkini.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan