PAS mahu IGP, timbalan dihadap ke tribunal jenayah


PAS mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal jenayah kerana didakwa bertindak melampau ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa "kebiadaban" polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) jelas dilihat dalam video orang ramai dan media antarabangsa.

Dalam masa yang sama, tambahnya, dalam perhimpunan itu, polis tiada sebab untuk menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air kerana tiada keganasan daripada perserta.
"Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang ketua dan timbalan ketua polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, PAS juga mengecam kematian seorang peserta perhimpunan itu Baharuddin Ahmad dan kecederaan puluhan peserta yang didakwa berpunca daripada tindakan polis.

"Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan