Percubaan TANGKAP CheguBard Di Muar?

Malam semalam, sekali lagi polis membuktikan mereka menjadi perkakas kepada kerajaan Barisan Nasional. Dalam siri ceramah Chegu Bard yang sepatutnya berlangsung di Serom 3, Ledang bersama dengan Cikgu Mala telah berjaya digagalkan oleh Polis dan FRU.

Walaupun program ceramah ini dibuat di dalam premis sendiri dan permohonan permit telah dibuat lebih awal (dan tidak diluluskan) polis seperti biasa terus 'mengikut arahan' untuk menggagalkan program ini.

Tuan rumah telah dipanggil OCPD dan diberikan amaran supaya menghentikan ceramah. Dalam masa yang sama penceramah pertama Cikgu Mala memberikan ruang kepada Chegu Bard untuk memberikan ceramah kerana telah menjangkakan Polis dan FRU akan menghentikan juga program ini walau dengan apa cara sekalipun.

Tidak sampai 10 minit Chegu Bard memulakan ceramah, kira-kira 10-15 anggota FRU telah menghampiri ruang ceramah dan diikuti dengan OCPD dan SB. Unit Amal Ledang yang bertugas dengan cekap merapatkan kawalan disekeliling Chegu Bard bagi mengelakkan provokasi Polis untuk melakukan tangkapan. Emosi pengunjung yang mengikuti ceramah wajar dipuji kerana memberikan kerjasama dan ruang kepada pihak keselamatan untuk 'menjalankan tugas' walaupun berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut.


 Unit Amal Ledang mengawal CheguBard yang sedang memberikan ceramah



FRU mula memasuki ke ruang ceramah setelah arahan supaya menghentikan ceramah tidak diendahkan

Ceramah Chegu Bard sekali lagi diganggu OCPD selepas kira-kira 20 minit memberikan ceramah penerangan. Walaupun Chegu Bard memberikan contoh kes Dr Hatta Ramli yang memenangi kes ini :
26 OGOS 2010 - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan.

Pada sidang media siang tadi, Hatta memberitahu keputusan mahkamah dalam kesnya itu memberikan implikasi besar kepada semua pertubuhan khasnya parti politik bahawa sebarang bentuk himpunan di premis persendirian adalah dibolehkan dan tidak memerlukan permit.

Ianya juga memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak lagi bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian.

OCPD tetap bertegas mahu ceramah ini dihentikan. Akhirnya penganjur program menurut arahan polis.

Namun tindak-tanduk polis dan FRU yang tidak beredar walaupun ceramah telah dihentikan, dengan Black Maria yang masih menghalang salah satu jalan keluar, ia telah menimbulkan rasa syak dikalangan petugas Unit Amal, adik beradik SAMM malah juga kepada pengunjung. Tidak seperti kebiasaan, setiap kali sesuatu program ceramah dihentikan maka pihak keselamatan akan beredar bersama-sama dengan orang ramai.
FRU dalam keadaan bersiap sedia ketika OCPD berbincang dengan Chegu Bard

Chegu Bard memberikan contoh Kes Dr. Hatta Ramli kepada OCPD (berbaju biru) ketika bertanyakan apakah alasan mereka untuk menghentikan ceramah di dalam premis sendiri.

Ditambah pula dengan situasi semasa yang panas dengan desakan-desakan 'pihak-pihak tertentu' untuk menahan mereka yang diyakini terlibat dengan BERSIH 2.0, maka pihak Unit Amal Ledang dan adik-beradik SAMM berjaya membawa Chegu Bard menyusup keluar dari tempat program. Yang pastinya, sebaik mereka mendapati Chegu Bard sudah tiada lagi di dalam rumah penganjur, barulah pihak keselamatan (Polis dan FRU) beredar keluar. Semoga kenangan meredah belukar sawit di Serom menjadi sisipan nota perjuangan Chegu Bard.

Tindakan pihak keselamatan ini yang hanya 'mengikut arahan' amat dikesali oleh SAMM kerana walaupun diberikan contoh kes Dr Hatta Ramli oleh CheguBard, dimana sepatutnya pihak keselamatan tidak lagi boleh bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian. Malah boleh diadakan ceramah dan tidak memerlukan sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan Negara.

Ia bukan kenyataan suka-suka. Kenyataan ini adalah datangnya dari Mahkamah Tinggi. Jika keputusan mahkamah pun tidak dihormati oleh pelaksana undang-undang, bagaimana mereka mahukan rakyat untuk mematuhi undang-undang. Patutlah ada momokan di kalangan rakyat yang berkata PDRM sudah menjadi PRDM. Polis DiRaja Malaysia sepatutnya ditukar kepada Polis RAJA Di Malaysia.  PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan